Merujuk kepada petisyen,“Respecting The Sovereign Nation Of Malaysia”, saya berharap agar semua orang yang menghargai keamanan dan kedaulatan sesebuah negara yang merdeka akan menandatangani petisyen ini.
Di bawah adalah 4 langkah mudah untuk menandatangani petisyen ini.
LANGKAH 1:
Pergi ke sini dan anda akan dibawa ke laman ini. Isi kotak “first name”, “last name”, “email address” dan “postal code”.
Sebagai contoh, jika nama anda ialah Osman bin Bakar, taip Osman di kotak“first name” dan Bakar di kotak “last name”. Taip alamatemail anda di kotak “email address”dan poskod anda di kotak “zip code”. Selepas selesai mengisi maklumat di atas, klik,“SIGN NOW”.
LANGKAH 2:
Ini ialah apa yang anda akan lihat setelah anda klik “SIGN NOW”.
Setelah itu, sila ke inbox email anda.
LANGKAH 3:
Anda akan menerima email seperti di bawah yang bertajuk, “Action Needed: Verify your signature”.
Buka email anda dan klik,‘Confirm your signature by clicking here’.
LANGKAH 4:
Anda akan mendapat notis seperti di bawah:
Tahniah, anda telah berjaya menandatangani petisyen yang menegaskan bahawa anda tidak menyokong campurtangan asing di dalam pentadbiran Malaysia!