Adakah Ini Bendera Kesultanan Melayu Melaka?

Baca versi Jawi di sini.

Rakyat Malaysia begitu bangga dengan kehebatan kerajaan Melayu Melaka. Namun, pernahkah kita terfikir akan bagaimanakah reka bentuk bendera Kesultanan Melayu Melaka yang kita banggakan itu?

Lazimnya dalam hal ini, ada di antara kita yang sama ada:

  • tidak terfikir tentang hakikat bahawa Kesultanan Melayu Melaka mempunyai bendera negeri
  • percaya bahawa reka bentuk bendera Kesultanan Melaka adalah berwarna biru berlambangkan bulan dan bintang kuning, seperti rajah di bawah
Reka bentuk bendera yang dikatakan sebagai bendera Kesultanan Melayu Melaka.

Malah, sejak kebelakangan ini, ramai yang mempercayai bahawa inilah reka bentuk bendera Kesultanan Melayu Melaka.

Saya melihat kekhilafan ini bermula daripada ceteknya pengetahuan kita tentang sejarah negara sehingga boleh terpedaya dengan bendera yang direka untuk satu permainan video sebagai bendera Kesultanan Melayu Melaka.

Hal ini bermula sejak bulan Ogos 2013, apabila sebuah syarikat penerbit permainan video, Paradox Interactive, mengeluarkan satu permainan video strategi baharu yang diberi nama Europa Universalis IV (EU4).

Di dalam permainan video itu, Kesultanan Melayu Melaka digambarkan sebagai sebuah negara (nation) bernama Malacca dan mereka menggunakan reka bentuk di atas sebagai lambang negara Malacca. Turut direka dalam permainan video itu juga ialah bendera untuk wilayah-wilayah (provinces) Pahang dan Kelantan.

Jelasnya, lambang Malacca yang dicipta untuk EU4 itu adalah mengambil inspirasi daripada reka bentuk kanton bendera negeri Melaka yang digunakan pada hari ini.

Untuk rekod, bendera negeri Melaka yang digunakan pada hari ini hanya mula digunakan selepas tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, dan reka bentuknya mengambil inspirasi daripada bendera Malaysia yang dicipta pada tahun 1950, lebih 400 tahun selepas kejatuhan kerajaan Melaka.

Oleh kerana permainan video itu berkonsepkan alam semesta silang (alternate universe), maka apa yang dipaparkan dalam EU4 adalah berbeza daripada fakta sejarah sebenar. Justeru, ketepatan sejarah bendera yang digunakan bukanlah satu keutamaan bagi mereka.

Malangnya, setelah lambang rekaan itu tersebar, ada yang terpedaya dan merasakan bahawa itu adalah bendera Kesultanan Melayu Melaka.

Walhal, jika diperhatikan, terdapat elemen yang begitu asing pada bendera rekaan tersebut. Penggunaan warna biru sebagai warna latar dan warna utama bendera secara jelas menunjukkan bahawa ia bukanlah bendera Kesultanan Melayu Melaka. Ini adalah kerana pada ketika itu:

  • Warna biru ialah satu warna yang asing serta tidak memberi makna yang signifikan kepada orang Melayu
  • Pewarna biru sukar untuk diperolehi

Pada zaman dahulu, warna biru merupakan satu warna yang tidak mempunyai kepentingan dalam perlambangan budaya, peradaban dan kehidupan orang Melayu.

Warna-warna utama bagi orang Melayu pada ketika itu adalah merah dan putih, manakala warna kuning digunakan oleh raja-raja.

Contoh video yang menjelaskan sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan menggunakan reka bentuk tersebut sebagai bendera Melaka.

Malangnya, ada pula pihak yang terkeliru, lantas menggunakan bendera rekaan permainan video ini di dalam bahan-bahan tidak formal berkaitan sejarah Kesultanan Melayu Melaka sebagai bendera kesultanan tersebut.

Tangkapan layar laman Wikipedia bahasa Inggeris mengenai Kesultanan Melayu Melaka pada awal September 2020 yang menunjukkan bendera yang salah. Gambar tersebut kemudiannya dipadamkan pada 14 September 2020.

Hal ini menjadikan semakin ramai yang mempercayai bahawa itulah bendera sebenar Kesultanan Melayu Melaka.

Perkara ini bertambah parah memandangkan kita tidak mempunyai rekod sejarah yang lengkap, jelas dan komprehensif tentang bendera-bendera yang pernah digunakan oleh kerajaan-kerajaan Kesultanan Melayu di Tanah Melayu pada zaman dahulu.

Setakat ini saya masih gagal menjumpai apa-apa catatan sejarah yang menjelaskan tentang reka bentuk bendera Kesultanan Melayu Melaka secara terperinci daripada bahan-bahan sejarah yang berkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka.

Perkara yang disebut hanyalah mengenai penggunaan bendera dan juga warna-warna merah dan putih digunakan sebagai warna negeri.

Maka jelaslah bahawa bendera di atas bukanlah bendera Kesultanan Melayu Melaka yang sebenarnya. Janganlah kita meremehkan sejarah negara dengan menokok tambah sesuatu yang tidak benar.

Bendera negara bukanlah hal yang remeh. Kita harus sedar bahawa bendera negara melambangkan kedaulatan sesebuah negara.

Kenalilah dan hormatilah sejarah negara, dan peliharalah maruah negara bangsa.


Rencana berkaitan:

Kenapa Bendera Selangor Berbintang Pecah Enam di SJK(T) Ini?

Baca versi Jawi di sini.

Sekolah sepatutnya menjadi medan untuk mendidik generasi pelapis yang akan menentukan nasib negara di masa hadapan.

Namun kejayaan akademik semata-mata tidak akan menjamin seseorang pelajar menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan setia kepada negara jika sifat patriotisme gagal ditanam di jiwa mereka.

Gambar di atas diambil pada hari Sabtu ketika saya dalam perjalanan pulang selepas mengikuti sebuah kelas di Batu Caves. Dalam keadaan kereta bergerak dengan agak laju, saya terpandang lukisan mural tersebut, lantas saya terus keluarkan telefon bimbit saya bagi mengambil gambar di atas.

Oleh kerana sekolah jenis kebangsaan ini terletak di negeri Selangor, saya kira bendera pada lukisan mural tersebut adalah lukisan bendera negeri Selangor.

Namun sejak bila bendera negeri Selangor mempunyai bintang pecah enam? Kalau bukan bendera negeri Selangor, bendera apa yang dilukis pada mural tersebut?

Semua pihak mesti sedar bahawa bendera negeri adalah lambang negeri dan bukannya perkara remeh yang boleh dipandang ringan.

Saya amat terkilan walaupun jika perkara ini merupakan satu lagi kesilapan pada bendera yang tidak disengajakan kerana ia berlaku pada mural sekolah yang sepatutnya mendidik murid-murid untuk mengenal jati diri negara bangsa termasuk bendera negeri yang menjadi simbol identiti negeri.

Untuk rekod, bendera negeri Selangor direkabentuk semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah, di mana:

  • Warna merah iaitu warna yang sangat simbolik di dalam budaya Melayu, melambangkan keberanian, kepahlawanan dan kesetiaan.
  • Warna kuning iaitu warna diraja melambangkan institusi diraja yang telahpun wujud sejak tahun 1753 lagi.
  • Warna putih pula melambangkan kesucian.
  • Bintang pecah lima melambangkan agama Islam, dan secara khususnya setiap mata pada bintang tersebut melambangkan lima rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Baitullah.

Pada pandangan saya, pihak pentadbiran sekolah haruslah mengambil tindakan segera untuk membetulkan gambar pada mural tersebut serta memohon keampunan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan seluruh rakyat Selangor di atas kesilapan ini.

DUNKIN’ DONUT

Pink Panther DUNKIN'DONUTS Box
Pink Panther DUNKIN'DONUTS Box

Today I went to DUNKIN’DONUTS.

There are many kinds of donuts at DUNKIN’DONUTS.

Tasty DUNKIN'DONUTS
Tasty DUNKIN'DONUTS

We bought :

  1. Happy

  2. Bendera

  3. Double chocolate

  4. White chocolate

  5. Raspberry

  6. Blueberry

  7. Swiss chocolate

I like Happy the most because it is so sweet and cute 🙂

Happy Donut and Sticker
Happy Donut and Sticker

The Bendera is nice too.

I Am Eating A Bendera Donut
I Am Eating A Bendera Donut

And I like the sandwiches too.

It has chicken, cheese, cucumber, lettuce and tomato.

I am very happy because I also get some nice stickers from DUNKIN’ DONUTS.

Tasty DUNKIN'DONUTS AND Nice Stickers
Tasty DUNKIN'DONUTS AND Nice Stickers

Anyway DUNKIN’ DONUTS is not very healthy because the donuts have a bit of trans-fat.

Fried In Less Than 2% Trans-Fat Oil
Fried In Less Than 2% Trans-Fat Oil

I love DUNKIN’DONUTS.

They are yummy 🙂