Perlu Sangatkah Parlimen Dibubar Dengan Segera?

[ baca versi jawi di sini ]

Keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO bahawa pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat telah mengundang pelbagai reaksi.

Dalam membangkitkan soal banjir, lupakah kita bahawa sebelum wabak Covid-19, peperiksaan SPM dan STPM diadakan pada setiap akhir tahun? Kenapa tiada pula yang bertindak mengadakan perhimpunan untuk membantah?

Bagi saya, masing-masing bebas melontarkan pendapat tetapi kita mesti menghormati Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Seperti tulisan-tulisan saya di akhbar Utusan Malaysia, pendirian saya tentang hal ini adalah jelas dan tetap.

Kita tidak wajar menangguhkan perkara yang telah ditangguhkan sejak dua tahun yang lalu kerana mandat daripada rakyat adalah amat penting demi menjamin kestabilan politik.

Tiada gunanya kita mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri jika kita tidak mahu Perdana Menteri diabsahkan dengan memulangkan mandat kepada rakyat.

Apa gunanya bercakap soal demokrasi jika kita bertindak melengahkan proses demokrasi?

Mengambil contoh peristiwa 1981, apabila Tun Mahathir pertama kali menjadi Perdana Menteri pada bulan Julai tahun tersebut, Tun telah membubar Parlimen hanya sekitar lapan bulan sahaja selepas itu.

Itu ialah tempoh Parlimen tersingkat dalam sejarah negara, iaitu tiga tahun, lapan bulan dan tujuh hari; manakala Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan kurang sebulan selepas tarikh pembubaran itu.

Hal ini penting untuk diperhatikan, kerana situasi kita agak mirip situasi 1981 di mana pertukaran Perdana Menteri berlaku bukan melalui PRU.

Begitu juga dalam situasi yang serupa apabila berlaku perubahan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Tun Abdullah, dan daripada Tun Abdullah kepada Dato’ Seri Najib; PRU diadakan tidak lama setelah itu.

Perkara ini penting dalam sistem demokrasi moden untuk memastikan setiap perubahan pucuk pimpinan negara mendapat mandat daripada rakyat.

Selari dengan amalan negara sebelum ini, PRU15 sepatutnya diadakan sejak 2020 lagi – iaitu ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri hasil peralihan kuasa daripada PH kepada PN yang berlaku bukan melalui PRU.

Setahun selepas itu, jawatan Perdana Menteri berubah kepada Datuk Seri Ismail Sabri, sekali lagi tanpa melalui PRU.

Maka mandat hendaklah dikembalikan secepat mungkin agar kedudukan kerajaan dapat diabsahkan.

(Gambar) J. Meteorologi Terus Keluarkan Amaran Hujan Bahaya di 8 Kawasan

[ baca versi jawi di sini ]

Semenanjung Malaysia terus dilanda banjir ekoran hujan sangat lebat yang dijangka berterusan di sekitar Perak, Pahang dan Kedah, serta di bahagian utara Selangor dan seluruh Pantai Timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran bahaya tahap merah bagi selatan Perak, dan tahap jingga (buruk) bagi 14 kawasan seluruh semenanjung, manakala kawasan lain kecuali selatan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diberi amaran tahap kuning (waspada).

Banjir kilat malam semalam telah menyebabkan ibu kota Kuala Lumpur tenggelam dalam air sepanjang malam akibat hujan lebat yang berterusan sejak hari Jumaat.

Baca laporan terdahulu:
(Gambar) Banjir Kilat Terburuk Sejak 20 Tahun Melanda KL

Pada jam 1.40 pagi tadi, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran bahaya tahap merah bagi hampir seluruh negeri Selangor termasuk Kuala Lumpur oleh kerana hujan sangat lebat yang berterusan sehingga pagi.

Selangor dan Kuala Lumpur masih menghadapi banjir setakat ini, dan lebih 50 jalan dan laluan telah ditutup akibat bencana tersebut.

Sebanyak lapan negeri secara keseluruhannya, iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang terkesan dengan banjir besar semalam.

Menurut laporan Utusan Malaysia, ia ekoran Lekukan Tropika membadai selatan Filipina apabila fenomena berkenaan mengukuhkan angin timur laut bertiup ke kawasan Semenanjung Malaysia dengan membawa lembapan tinggi di kawasan pantai timur dan merentasi Semenanjung Malaysia.

Gambar: Banjir Besar Melanda Pulau Pinang

Sebuah projek perumahan mewah di lereng bukit, Beverly Hills, di Tanjung Bungah di sini terjejas teruk dengan sebahagian binaannya runtuh akibat hujan lebat malam tadi. Nov. 5, 2017. Gambar The Star.

Hujan lebat dan angin kencang telah melanda Pulau Pinang semalam menyebabkan banjir, pokok tumbang dan tanah runtuh  di Georgetown dan Seberang Perai.

Keadaan bertambah buruk akibat peningkatan paras air di sungai utama di negeri itu seperti Sungai Pinang, Sungai Air Itam dan Sungai Dondang mencecah paras bahaya dengan masing-masing mencecah 2.83 meter, 6.58 meter dan 21.88 meter..

Menurut Berita Harian, di Georgetown, antara kawasan terjejas termasuk Kampung Masjid, Jalan P Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson dan Halaman Bukit Gambir.

Manakala antara kawasan terjejas di Seberang Perai ialah Taman Siakap, Permatang Rawa, Taman Senangin, Padang Lalang, Mak Mandin dan beberapa kawasan di Penanti.

Utusan Online melaporkan beberapa buah bot dan sampan nelayan di Teluk Bahang di sini dilaporkan rosak dan terdampar di daratan selepas ditolak ribut serta angin kencang dalam kejadian awal pagi tadi.

Sebuah feri milik Penang Port Sdn. Bhd. (Penang Port) turut dilaporkan rosak selepas ditolak ombak kuat dan melanggar bahagian jeti di Terminal Feri Raja Tun Uda, Butterworth di sini.

Pada 21 Oktober 2017, tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah telah mengorbankan 11 orang pekerja.

Sila tekan imej untuk memperbesarkan gambar:

%d bloggers like this: