Semenanjung Malaysia terus dilanda banjir ekoran hujan sangat lebat yang dijangka berterusan di sekitar Perak, Pahang dan Kedah, serta di bahagian utara Selangor dan seluruh Pantai Timur.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran bahaya tahap merah bagi selatan Perak, dan tahap jingga (buruk) bagi 14 kawasan seluruh semenanjung, manakala kawasan lain kecuali selatan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diberi amaran tahap kuning (waspada).
Banjir kilat malam semalam telah menyebabkan ibu kota Kuala Lumpur tenggelam dalam air sepanjang malam akibat hujan lebat yang berterusan sejak hari Jumaat.
Baca laporan terdahulu:
(Gambar) Banjir Kilat Terburuk Sejak 20 Tahun Melanda KL
Pada jam 1.40 pagi tadi, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran bahaya tahap merah bagi hampir seluruh negeri Selangor termasuk Kuala Lumpur oleh kerana hujan sangat lebat yang berterusan sehingga pagi.
Selangor dan Kuala Lumpur masih menghadapi banjir setakat ini, dan lebih 50 jalan dan laluan telah ditutup akibat bencana tersebut.
Sebanyak lapan negeri secara keseluruhannya, iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang terkesan dengan banjir besar semalam.
Menurut laporan Utusan Malaysia, ia ekoran Lekukan Tropika membadai selatan Filipina apabila fenomena berkenaan mengukuhkan angin timur laut bertiup ke kawasan Semenanjung Malaysia dengan membawa lembapan tinggi di kawasan pantai timur dan merentasi Semenanjung Malaysia.
Keadaan di Jalan Sri Muda bersebelahan lebuh raya KESAS yang dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi 24 jam yang mengakibatkan kenderaan tenggelam dan penduduk terkandas. – NSTP/Eizairi Shamsudin Kelihatan sebuah kenderaan ditenggelami air ketika tinjauan banjir di Taman Sri Wangi, Shah Alam. (Gambar Free Malaysia Today) Pasar raya Econsave turut ditenggelami air ketika tinjauan banjir di Taman Sri Wangi, Shah Alam. (Gambar Free Malaysia Today) Pemandangan kawasan banjir di Seksyen 22, Shah Alam. (Gambar Tim Ho, Free Malaysia Today) Keadaan di Jalan Sri Muda bersebelahan lebuh raya KESAS yang dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi 24 jam yang mengakibatkan kenderaan tenggelam dan penduduk terkandas. – NSTP/Eizairi Shamsudin KEADAAN banjir kilat di susur keluar lebuhraya NKVE Bukit Jelutong sekitar tinjauan di Shah Alam, Selangor. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI (Gambar Sirap Limau) KEADAAN banjir di susur keluar lebuhraya NKVE Bukit Jelutong sekitar tinjauan di Shah Alam, Selangor. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI Anggota bomba menyelamatkan seorang warga emas di Taman Sri Wangi, Shah Alam. (Gambar Free Malaysia Today) Kelihatan penduduk cuba menyelamatkan diri dengan menaiki jentolak. (Gambar Free Malaysia Today) Kelihatan orang awam berjalan untuk keluar dari kawasan dilanda banjir ketika tinjauan banjir di Taman Sri Wangi, Shah Alam.(Gambar Free Malaysia Today) Keadaan di Jalan Sri Muda bersebelahan lebuh raya KESAS yang dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi 24 jam yang mengakibatkan kenderaan tenggelam dan penduduk terkandas. – NSTP/Eizairi Shamsudin Keadaan di Jalan Sri Muda bersebelahan lebuh raya KESAS yang dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi 24 jam yang mengakibatkan kenderaan tenggelam dan penduduk terkandas. – NSTP/Eizairi Shamsudin Keadaan banjir di beberapa negeri semakin buruk dengan jumlah mangsa di PPS terus meningkat, dan Selangor mencatat bilangan mangsa paling tinggi, setakat petang ini. (Gambar Bernama) Anggota bomba membawa penduduk keluar dari kawasan yang terjejas akibat banjir. (Gambar Free Malaysia Today) Anggota bomba menunggu penduduk yang berjaya diselamatkan untuk berteduh bawah khemah. (Gambar Free Malaysia Today) KEADAAN banjir akibat limpahan air dari Sungai Damansara mengakibatkan jalan di Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan tenggelam dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO Antara kawasan di ibu kota yang dilanda banjir. – Foto NSTP Stesen LRT Masjid Jamek bagi laluan Kelana Jaya dilanda banjir malam tadi. (Gambar Free Malaysia Today) (Gambar Sirap Limau) Anggota Bomba dan Penyelamat mencari mangsa yang terperangkap didalam rumah di Lorong Tiong Nam, Kuala Lumpur selepas air naik secara mendadak ekoran hujan yang turun berterusan. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali