[Gambar]”Home Schooling” di Pink Point @ TV AlHijrah

13 12 2018

Alhamdulillah, dua hari lepas saya bersama kakak-kakak saya, Aeshah Adlina dan Aiman Amani, dijemput oleh TV AlHijrah menjadi panel di dalam rancangan Pink Point.

Saya telah mendapat satu pengalaman yang amat berharga kerana ini adalah kali pertama saya mengambil bahagian di dalam rancangan yang berkonsep seperti ini. Ini adalah satu pengalaman yang sangat berbeza berbanding pengalaman saya menjadi panel rancangan “Sila Duduk, Jangan Lagi” dan “Assalamualaikum”.

Rancangan bual bicara santai yang dihoskan oleh Puan Azidah Mohamed itu berlangsung selama satu jam, bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 3 petang. ‘Pink Point’ disiarkan secara langsung dan oleh kerana konsepnya ialah spontan, ceria dan santai, kami hanya diberikan topik perbincangan tanpa mengetahui apa yang akan diperkatakan; suatu situasi yang amat mendebarkan.

Saya telah cuba bersedia sebelum ke studio supaya dapat bersiaran dengan lancar dan tidak menghampakan penerbit dan penonton. Bersiaran secara langsung bermakna panel mesti berfikir dengan cepat supaya tidak terlalu teragak-agak apabila berbicara. Namun apabila dihujani dengan beberapa soalan yang tidak saya jangkakan, saya merasa agak berdebar. Contohnya apabila hos bertanya apakah keadaan yang sesuai untuk menggunakan “action speaks louder than words”! Namun, di dalam Pink Point, saya tidak diajukan soalan-soalan panas seperti soalan di dalam “Sila Duduk, Jangan Lari”.

Saya merasa amat bertuah kerana diundang sekali lagi oleh TV AlHijrah.

Rancangan itu ditutup dengan sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh kami bertiga, bertajuk “Colours of Islam”, tulisan Dawud Wharnsby Ali.

Rakaman akan menyusul, InsyaAllah.

Related articles:

Advertisements




Home Schooling @ Pink Point – TV AlHijrah Selasa, 11 Disember 2018

11 12 2018

InsyaAllah saya dan kakak-kakak, Aiman Amani dan Aeshah Adlina akan bersiaran secara langsung di TV AlHijrah selama satu jam petang ini bermula pukul 2 petang di dalam rancangan Pink Point.

Bersama hos, Azidah Mohamed, topik yang akan kami bincangkan ialah “Home Schooling”.








%d bloggers like this: