Saya amat berminat dalam mempelajari Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi bagi negara Malaysia.
Sebagai undang-undang tertinggi negara, Perlembaggan Persekutuan mempunyai banyak perkara-perkara penting yang mesti difahami, dihormati dan dipatuhi oleh setiap rakyat Malaysia.
Saya amat tertarik dengan cara Perlembagaan Persekutuan menafsiran siapakah “Orang Melayu”.
Apakah definasi orang Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan?
Menurut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan:
“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;
Orang Melayu di Malaysia sangat istimewa kerana mereka bukan sahaja didefinasikan melalui keturunan tetapi yang pentingnya juga melalui agama.
Oleh itu saya selalu terfikir, apakah status bangsa orang-orang yang asalnya Melayu tetapi sudah murtad seperti Azlina Jailani dan Aisyah Bukhari?
Apakah bangsa mereka sekarang kerana mereka tidak lagi beragama Islam dan tidak layak di kira sebagai orang Melayu menurut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
Apabila saya tanyakan soalan ini kepada seorang bekas peguam kanan di Pejabat Peguam Negara dan pakar Perlembagaan Persekutuan, Datuk Professor Mahamad Naser Disa, beliau menjawab bahawa memang betul orang Melayu yang telahpun murtad tidak lagi seorang Melayu.
Dan apabila saya bertanya apakah bangsa mereka sekarang, beliau menjawab bahawa mereka sekarang mempunyai bangsa yang baharu iaitu bangsa Murtad atau ringkasnya, Bangsat.