Bagi memudahkan perkongsian penulisan-penulisan saya, saya telah membuka satu halaman di Facebook di bawah alamat facebook.com/ahmadalikarimofficial di mana saya akan mengongsi tulisan-tulisan dari laman blog saya. Dengan rendah hati saya memohon agar para pembaca laman blog saya dapat tolong menekan butang ‘Suka’ atau ‘Like‘ serta mengikuti saya di halaman atau page Facebook baru saya ini.
Saya juga ingin mengumumkan bahawa alamat laman blog saya telah bertukar kepada ahmadalikarim.com. Walau bagaimanapun, alamat blog yang saya gunakan selama ini iaitu ahmadalikarim.wordpress.com masih akan berfungsi sebagai satu alamat redirect atau untuk menghantar semula pembaca ke alamat baharu saya.
Buat pengetahuan para pembaca laman blog yang amat saya hormati, saya telahpun mengemaskini wajah laman blog saya sempena tahun baru 2020, seperti yang telahpun saya umumkan pada awal bulan lepas. Ini adalah kerana saya perlu mengadaptasikan laman blog saya kepada sistem baharu WordPress, kerana ‘theme’ laman blog yang saya gunakan tidak lagi disokong oleh WordPress.
Seperti yang telah saya umumkan pada awal bulan lepas, bermula pada hari pertama tahun baru 2020, laman blog saya kini berwajah baru. Ini adalah kerana saya perlu mengadaptasikan laman blog saya kepada sistem baharu WordPress, kerana ‘theme’ laman blog yang telah saya gunakan sejak lebih sedekat yang lalu tidak lagi disokong oleh WordPress.
Menjunjung semangat dan seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, insya-Allah mulai hari ini setiap rencana tulisan saya yang berbahasa Melayu akan disertakan dengan versi tulisan Jawi, tulisan asal bagi Bahasa Kebangsaan, selain daripada versi tulisan Rumi seperti sebelum ini.
I wish to inform my dearest readers that I have updated the visual theme of my blog in conjunction with the new year 2020, for the visual theme that I had been using for over a decade is no longer supported by WordPress.
Inspired by Her Majesty the Raja Permaisuri Agong of Malaysia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, insya-Allah from now on, I shall be including a Jawi version of the articles that I write in the Roman script of the Bahasa Melayu.
Insya-Allah, pada 1hb Januari 2020, laman blog saya akan berwajah baharu seperti gambar di atas. Tujuannya adalah bagi mengadaptasi kepada sistem baharu WordPress, kerana ‘theme’ laman blog yang kini saya gunakan tidak lagi disokong oleh WordPress.
Oleh kerana saya telah menggunakan ‘theme’ ini sejak lebih sedekad yang lalu, saya kira ianya sudah sinonim kepada pembaca blog saya. Saya membuat pengumuman ini dengan harapan tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan pembaca apabila saya mengemaskinikan wajah baru laman saya nanti.
Insya-Allah, on the 1st of January 2020, I shall be updating the looks of my weblog to what is shown in the photo above, for the purpose of adapting to WordPress’ newer system, since the current theme I am using is no longer supported by WordPress.
This announcement is made to inform my dearest readers ahead of time so that there shall not be any confusion once I’ve changed the theme.
Kita kini berada pada zaman di mana teknologi berkembang dan tersebar dengan begitu pantas. Kemunculan pelbagai alat peranti pintar seperti telefon pintar, tablet dan lain-lain telah membawa kepada perkembangan pesat media sosial.
Alhamdulillah, tulisan saya mengenai remaja dan media sosial telahpun diterima dan disiarkan di akhbar perdana, Utusan Online. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia, kerana ini merupakan kali pertama tulisan saya disiarkan di sebuah akhbar perdana. Juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya, guru saya Profesor Datuk Dr Sidek Baba, dan guru-guru saya yang lain yang telah membimbing saya selama ini, serta pihak Utusan Malaysia.
Kita kini berada pada zaman di mana teknologi berkembang dan tersebar dengan begitu pantas. Kemunculan pelbagai alat peranti pintar seperti telefon pintar, tablet dan lain-lain telah membawa kepada perkembangan pesat media sosial.
Sehinggakan pada hari ini, agak sukar untuk kita mencariremaja yang tidak pernah mendengar perkataan Facebook, Twitter, WhatsApp atau Instagram; iaitu di antara laman dan aplikasi media sosial yang sangat popular dan berpengaruh.
Kini media sosial menjadi suatu alat komunikasi dan platform perkongsian yang amat efektif dan penting. Sebagai contoh, amaran bencana alam boleh dihebahkan kepada umum dalam masa yang singkat dan menyeluruh agar tindakan segera boleh diambil oleh semua pihak yang terbabit.
Begitu juga hubungan keluarga terasa lebih dekat walaupun tinggal berjauhan dengan adanya aplikasi WhatsApp, Twitter dan laman media sosial lain yang bukan sahaja mudah digunakan tetapi juga jauh lebih murah berbanding caj panggilan telefon.
AHMAD ALI KARIM
Namun media sosial juga mempunyai kesan negatif yang bukan hanya boleh merugikan penggunanya, malah boleh menimbulkan kekacauan dan huru hara dalam kalangan masyarakat, contohnya akibat penyebaran fitnah dan berita palsu.
Malangnya, ramai remaja yang tidak menyedari akan kesan buruk media sosial sehingga merugikan diri sendiri akibat membuat keputusan yang tidak bijak.
Kalau dahulunya remaja sering lepak bersama kawan-kawan, kini media sosial menjadi teman setia dan teman lepak mereka. Malah ramai yang terlalu taksub dengan penggunaan media sosial sehingga wujud satu ketergantungan kepada media sosial, di mana mereka merasakan seolah-olah tidak boleh hidup dengan bahagia tanpanya.
Antara faktor penyumbang kepada keadaan ini ialah gaya hidup atau ‘lifestyle’ yang mereka rasakan sebagai satu tuntutan hidup supaya mereka dipandang hebat, diterima dan dihormati oleh kawan-kawan sebaya.
Capaian internet yang baik dan adanya kafe siber kepada mereka yang tidak mempunyai telefon pintar juga menjadi faktor pemangkin kepada keadaan ini.
Facebook adalah antara laman media sosial yang paling popular dan berpengaruh dalam kalangan remaja sehinggakan ramai sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan‘likes’ yang banyak dan bilangan rakan Facebook yang ramai.
Facebook juga sangat mudah diakses; cipta sahaja satu akaun dalam Facebook dan pengguna boleh terus memuat naik tulisan, gambar, video dan sebagainya di samping dapat menikmati apa sahaja yang dihidangkan di laman ini.
Ia begitu mengasyikkan sehingga ramai pengguna bagaikan hanyut dan tenggelam ke dalam kolam perangkap alam maya ini sehingga boleh menghabiskan masa seharian menonton video-video popular atau apa sahaja yang terpapar di suapan berita mereka.
Ramai yang terpengaruh dengan apa sahaja yang dipaparkan dalam media sosial dan tidak kurang pula tidak mahu ketinggalan memuat naik gambar dan video yang serupa agar dilihat menepati cara hidup moden serta dipandang hebat dan bergaya.
Mereka juga mahu memiliki pakaian yang mahal dan berjenama, makan di restoran yang popular, bercuti ke sana-sini supaya dapat dipaparkan di media sosial.
Ada yang sanggup membuat apa sahaja aksi sensasi yang dirasakan boleh menarik perhatian pengguna media sosial lain tanpa mengambil kira batas akidah dan kesopanan.
Mereka juga sanggup mempertaruhkan nyawa dengan berswafoto di tempat yang merbahaya semata-mata untuk mendapat perhatian di samping berlumba-lumba mengambil bahagian di dalam berbagai cabaran internet yang berisiko tinggi.
Sikap bermegah-megah dan menonjolkan kekayaan dalam media sosial juga telah banyak mengundang padah apabila terjadi kes-kes rompakan setelah video tersebut dimuat naik di media sosial.
Dari sudut yang lain, ramai remaja tertipu dan kerugian wang ringgit kerana mempercayai mesej yang menjanjikan keuntungan berganda daripada modal yang rendah setelah terpengaruh dengan video yang memaparkan kekayaan pengusahanya.
Dewasa ini, masalah buli siber dalam kalangan remaja bertambah buruk sehingga menyebabkan banyak kes membunuh diri dan cubaan membunuh diri akibat tekanan perasaan kerana tidak tahan dibuli.
Selain daripada masalah ini, kemurungan dan kekosongan hidup juga menjadi penyebab cubaan membunuh diri dalam kalangan selebriti media sosial termasuk mereka yang dilihat sangat berjaya dan popular.
Pengaruh media sosial terhadap remaja amat hebat sehinggakan mereka mempercayai apa sahaja yang disiar oleh media sosial, termasuk berita palsu dan ajaran sesat.
Malah, ada remaja yang lebih mempercayai kata-kata di media sosial daripada ibubapa mereka sendiri. Hal ini amat merisaukan kerana kini media sosial boleh dijadikan senjata yang amat berkesan untuk menyesatkan remaja.
Sikap sebegini menjadikan remaja tidak mampu untuk berfikir secara kritis dan menganalisa sesuatu perkara dengan bijak.
Hidup di alam maya dalam dunia tanpa sempadan dan berkawan dengan warga maya yang tidak kita kenali secara fizikal menjadikan kita terpisah daripada realiti kehidupan yang sebenarnya.
Ketaksuban pada media sosial membawa kepada kerenggangan hubungan di dunia fizikal.
Cuba kita perhatikan gelagat remaja ketika menghadiri majlis-majlis keramaian, pulang ke kampung atau pun ketika menyambut hari perayaan, mereka lebih senang bersama telefon pintar daripada berbual dan bergaul dengan orang sekeliling.
Begitu juga keadaannya apabila terdapat ayah, ibu dan anak-anak yang dilihat lebih berminat untuk berinteraksi dalam media sosial daripada bermesra sesama keluarga walaupun ketika mereka bersama.
Akibat terlalu leka melayari media sosial, ramai remaja menjadi lalai dan hilang fokus dalam pelajaran mereka.
Penggunaan bahasa yang salah dan diringkaskan serta bahasa yang kasar di media sosial juga telah merosakkan keindahan bahasa dan juga melemahkan kemahiran dalam penggunaan tata bahasa yang betul dalam kalangan remaja. – UTUSAN ONLINE
Ahmad Ali Karim
Pelajar
*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.
[BHPLUS}- AMPANG: Usia lima tahun dianggap waktu untuk berseronok bagi kebanyakan kanak-kanak, namun Ahmad Ali Karim memilih laluan berbeza apabila sudah memiliki akaun blog sendiri pada usia itu.
Bukan calang-calang blog, sebaliknya nukilan anak muda yang kini berusia 15 tahun itu majoritinya berkisar mengenai isu politik semasa, selain aspek perundangan yang mana turut memuatkan beberapa penulisan kritis dan komentar.
Berminat selepas melihat kakaknya sering memuat naik penulisan di blog, Ahmad Ali mula memiliki blog sendiri iaitu ahmadalikarim.worpress.com untuk memuat naik penulisan mengenai pelbagai aktiviti hariannya, selain cerita pendek dan puisi dalam Bahasa Inggeris.
“Sejak itu saya aktif memuat naik penulisan santai, namun lama-kelamaan semakin membesar saya sedar minat saya lebih terarah ke bidang politik dan perundangan.
“Saya mendapat ilham menulis artikel pertama berkaitan politik selepas menghadiri satu perhimpunan pada 2012, lalu memuat naik penulisan mengenainya di laman blog,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.
Anak bongsu daripada empat beradik itu mengakui kecenderungannya terhadap dunia politik dan undang-undang banyak didorong bapanya yang juga seorang aktivitis badan bukan kerajaan (NGO) yang kerap membawanya bersama ke ceramah dan program berkaitan di seluruh negara.
Berguru dengan ahli akademik
Dibesarkan dalam suasana dikelilingi orang lebih dewasa, selain turut berguru dengan ahli akademik ternama banyak membuka kecenderungan Ahmad Ali untuk mendalami ilmu berkaitan undang-undang dan politik semasa negara.
Antaranya termasuklah Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, selain beberapa lagi tokoh dalam bidang berkaitan yang majoritinya kenalan keluarganya.
“Memang dari kecil saya minat dengan politik dan perkara serius, jadi saya tidak faham mengapa kanak-kanak lain tidak meminatinya dan lebih gemar menonton televisyen,” katanya.
Menyentuh keadaan politik semasa negara, remaja itu berkata ramai individu termasuk dalam kalangan ahli politik hari ini lantang bersuara atau menulis sesuatu mengenai undang-undang, sebenarnya tidak memahami perkara itu secara mendalam.
“Ramai yang berlagak pandai (undang-undang), tetapi hakikatnya mereka tak faham sampai mengelirukan masyarakat. Ada juga yang cuba memutar belit fakta dalam perlembangaan yang boleh mengundang salah faham serta menjejaskan keharmonian negara.
“Sebab itu saya merasakan penting untuk saya memperbetulkan apa yang salah serta menjelaskan fakta sebenar kepada orang ramai supaya mereka tidak lagi terkeliru…caranya adalah dengan menulis di blog,” katanya.
Selain aktif menulis di blog, Ahmad Ali berkata dia pernah menyumbangkan artikel kepada dua portal berita tempatan, selain mempunyai hobi menulis cerita pendek dan puisi dalam Bahasa Inggeris.
Ahmad Ali turut berbakat dalam ucapan dan ia terbukti apabila pernah diberi peluang menyampaikan ceramah berkaitan undang-undang dan perlembagaan secara solo di sebuah sekolah menengah di Johor pada Ogos tahun lalu.
Minat seni lukisan digital
Turut meminati seni lukisan digital, Ahmad Ali pernah beberapa kali memenangi pertandingan melukis ilustrasi berkaitan permainan strategi komputer kelolaan Microsoft iaitu ‘Wololo Wednesday’.
Mengenai cabaran penulisan blog, Ahmad Ali berkata bukan mudah untuk menulis berkaitan perlembagaan kerana perlu memahaminya secara mendalam, malah dia sendiri mengambil masa kira-kira dua tahun untuk mempelajari ilmu dalam bidang berkenaan dengan proses pembelajaran masih berterusan sehingga hari ini.
“Sebagai generasi muda Malaysia yang bakal memimpin negara pada masa depan, menjadi tanggungjawab untuk saya membantu memperbetulkan fakta seterusnya memulihkan persepsi orang luar terhadap negara,” katanya yang sehingga kini sudah menulis lebih 100 artikel di blognya itu.
Mengenai pelajaran, Ahmad Ali tidak pernah mendapat pendidikan formal, sebaliknya ibu menjadi gurunya di rumah dengan perancangan masa depan dia memberitahu akan mengambil peperiksaan peringkat A Level sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang.
Ditanya mengenai perancangan masa depan, Ahmad Ali mengakui bercita-cita untuk menjadi ahli politik kerana menyifatkan ia sebagai satu cara untuk dia berbakti serta membangunkan negara.
“Jika hendak mengubah sesuatu perlulah dimulakan dari awal. Sebab itu saya mengambil pendekatan memberi penerangan sekarang.
“Harapan saya bukan saja mahu melihat negara ini maju, tetapi juga bersatu. Ini kerana akar yang teguh boleh membina sebuah negara yang makmur dan sejahtera,” katanya.
(Sila klik gambar-gambar dibawah untuk imej yang lebih besar)
AHMAD Ali Karim, 15 menulis blog politik dan perlembagaan sejak berumur 5 tahun. – Foto Rosela Ismail
AHMAD Ali Karim, 15 menulis blog politik dan perlembagaan sejak berumur 5 tahun. – Foto Rosela Ismail
AHMAD Ali Karim, 15 menulis blog politik dan perlembagaan sejak berumur 5 tahun. – Foto Rosela Ismail
AHMAD Ali Karim, 15 menulis blog politik dan perlembagaan sejak berumur 5 tahun. – Foto Rosela Ismail
A picture of Dato’ Seri Jamil Khir talking to me after the officiating ceremony, Nov. 16, 2017. (Photo taken from the official Facebook page of Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom)
Pusat Latihan DIAN IKSIM di Batang Kali, Selangor telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 16 November 2017.
Majlis perasmian ini telah dihadiri di antaranya oleh Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha, ketua agensi-agensi di bawah JAKIM, Timbalan Ketua Pengarah BTN Tuan Haji Mohd Noor Rashid bin Mat Taharim, Pengarah Eksekutif Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) Tuan Haji Zainal Zainuddin, warga IKSIM serta peserta Kursus Pemantapan DIAN (KPD) dari Kulim dan Kelantan.
Sila tekan imej untuk memperbesarkan gambar:
A picture of Dato’ Seri Jamil Khir talking to me after the officiating ceremony, Nov. 16, 2017. (Photo taken from the official Facebook page of Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom)
Dato’ Seri Jamil Khir addressing the guests at the event, Nov. 16, 2017. (Photo taken from the official Facebook page of Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom)
A group photo with the official flag of IKSIM,
Nov. 16, 2017. (Photo taken from the official Facebook page of Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom)
Dato’ Seri Jamil Khi addressing the guests at the event, Nov. 16, 2017. (Photo taken from the official Facebook page of Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom)
The flag of IKSIM being raised by Dato’ Seri Jamil Khir, Nov. 16, 2017. (Photo taken from the official Facebook page of Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom)
I’ll be on-air together with my parents and siblings at 11p.m. with DJ Nizal Mohammad in ‘When Night Falls-Bila Larut Malam’ on Thursday, March 6, 2014.
This is the first time I’ll be on-air in a radio show!
For international listeners, please note that time stated is 11pm on March 6, 2014 (Malaysian time) which is +8:00 GMT.