Ambil Iktibar Kes Adib – Tengku Abdullah

18 12 2018

[Utusan Online}- PEKAN 18 Dis. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang bersimpati dan sedih dengan berita kematian anggota bomba, Mohammad Adib Mohd. Kassim mahu semua pihak khususnya golongan muda mengambil pengajaran daripada kejadian berkenaan.

Baginda yang berharap keluarga Mohammad Adib, 25, bersabar dengan ujian berkenaan bertitah, mana-mana pihak tidak seharusnya mengambil tindakan melulu apatah lagi melibatkan nyawa seseorang.

“Jangan kita cepat membuat tindakan yang boleh mengakibatkan (kehilangan) nyawa seseorang itu atau mana-mana tindakan agresif yang mungkin boleh mendatangkan musibah kepada mereka yang terlibat.

“Cuba elakkan kejadian ini daripada berlaku,” titah baginda selepas menyempurnakan Majlis Serahan Zakat Perniagaan Badan-badan Korporat di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Mohammad Adib yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.40 malam tadi.

Advertisements




Rais risau Kementerian Pendidikan rosak di bawah Maszlee

4 12 2018
RAIS YATIM

[Utusan Online}- KUALA LUMPUR 3 Dis. – Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menzahirkan kebimbangan terhadap Kementerian Pendidikan.

Kebimbangan itu tercetus apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengeluarkan kenyataan untuk memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan silibus pembelajaran Sejarah dalam Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Rais dalam akaun Twitter miliknya hari ini menegaskan bahawa adalah sia-sia sekiranya Maszlee dibiarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan.

“Masya-Allah … Kalau betullah berita ini, sia-sia dia dibiarkan terus memimpin Kementerian Pendidikan. Rosak,” katanya.





Hidup Melayu! Hancur ICERD! Daulat Tuanku! Allahuakhbar!

18 11 2018
RIBUAN orang membanjiri Perhimpunan Perpaduan Ummah yang diadakan malam tadi. – UTUSAN ONLINE

[Utusan Online}- PERANCANGAN AWAL hanya perhimpunan kecil-kecilan bagi membantah ICERD. Tetapi manusia merancang, Allah juga merancang.

Perhimpunan kecil Pasir Salak diangkat sebagai perhimpunan peringkat negeri. Diangkat lagi menjadi perhimpunan peringkat kebangsaan. Maka berhimpunlah kira-kira 30,000 di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak.

Khemah yang disediakan tidak muat menampung orang ramai yang hadir. Ketika solat Isyak berjemaah terpaksa bersesak dan melimpah-ruah dari kawasan disediakan.


PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Perpaduan Ummah di pekan Kampung Gajah malam tadi. – UTUSAN ONLINE /KAMAL BASIR WAHAB

Sebenarnya acara telah pun bermula lebih awal iaitu sebaik selesai solat Maghrib. Ketika itu jumlah hadirin belum cukup besar. Selepas Isyak kawasan padang Aman Jaya mulai menyaksikan limpahan orang ramai.

Memang mudah untuk melihat mereka yang hadir datang parti mana. Selain pakaian, karaktor juga membezakan mereka ahli UMNO atau Pas.

Namun mereka tidak kekok untuk bersama, bersalaman dan berbual-bual isu semasa dan sudah pasti tumpuannya adalah membantah ICERD.

Tidak kira yang berkupiah putih, bersongkok hitam, bertengkolok atau kupiah hijau mereka memakai lilit kepala yang terpampang bantahan terhadap tuntutan hak sama rata iaitu pelaksanaan ICERD.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk berucap terlebih dahulu daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Zahid mengambil peluang itu untuk memohon maaf kerana selama 22 tahun beliau dan ahli UMNO diajar untuk membenci parti lain khususnya Pas.

Beliau mengakui kekalahan pada pilihan raya lalu ada hikmah dan kini membawa penyatuan umat Islam.

Hadi pula mengimbau kembali bagaimana peristiwa 13 Mei iaitu tercetusnya rusuhan kaum telah menyatukan pengikut Pas dan UMNO. Dan kini tercetus ICERD yang mencabar hak umat Islam, Melayu dan raja Melayu, ahli dua parti terbesar kembali bertaut silaturrahimnya.

Perhimpunan malam tadi bergema dengan laungan hidup Melayu, hancur ICERD, daulat tuanku dan Allahuakhbar. Memang terasa tegak bulu roma berada perhimpunan sedemikian.

Tetapi itu belum kemuncak. Kemuncaknya adalah pada 8 Disember di Kuala Lumpur. Sejuta umat Islam akan turun ke jalan bagi tujuan yang sama.

Hidup Melayu, hancur ICERD, daulat tuanku, Allahuakhbar laungan sejuta umat Islam Melayu bakal bergema di ibu negara.





Gambar Sekitar Banjir Kilat KL – Nov 2018

12 11 2018





Timbalan Presiden MAPIM, Datuk Ayub Meninggal Dunia

4 11 2018

Innalillahiwainnailaihiraajiuun…

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Ayub Mohamed. Allahyarham merupakan Timbalan Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM).

Saya amat terkejut apabila mendapat berita pemergian Allahyarham semalam akibat kemalangan jalan raya. Saya amat sedih kerana ianya mengingatkan saya kepada detik-detik pemergian arwah ayah saya yang juga secara tiba-tiba pada akhir bulan Jun yang lepas.

Pada hari pemergian arwah ayah, Allahyarham Datuk Ayub telah menelefon saya, dan menyatakan kesedihan di atas pemergian arwah ayah. Mereka amat rapat dan sering berjumpa setiap minggu ketika arwah ayah berceramah di Perak. Allahyarham Datuk Ayub sering menjemput arwah ayah saya, A. Karim Omar berceramah di Perak sebelum PRU14.

Baru sahaja lagi saya berhubung dengan Allahyarham melalui WhatsApp. Allahyarham ialah seorang yang sangat baik hati, peramah, bersopan santun, dan rendah diri. Allahyarham adalah seorang yang sangat aktif dalam kerja kemasyarakatan dimana beliau memimpin belbagai-bagai NGO.

Saya teringat kembali kata-kata Allahyarham Datuk Ayub ketika arwah ayah meninggal dunia. Kata Allahyarham, arwah saya meninggal secara tiba-tiba dalam usia yang masih muda; dan kini perkara yang sama telah berulang kembali. Kini kata-kata Allahyarham Datuk Ayub tengiang-ngiang di telinga saya.

Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah S.W.T., dan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

~Al-Fatihah~

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ





Sultan Perak Jalankan Tugas Sebagai Yang di-Pertuan Agong

2 11 2018

[Utusan Online}- KUALA LUMPUR 2 Nov. – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Perisytiharan itu bagi membolehkan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas ketika Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan bermula hari ini sehingga 31 Disember.

Istiadat yang berlangsung di Istana Hinggap Perak di sini dimulakan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membaca watikah perisytiharan berkenaan.

Baginda kemudian menandatangani watikah itu.

Selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Persekutuan, Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan baginda.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-perak-jalankan-tugas-sebagai-yang-di-pertuan-agong-1.779877#ixzz5VgUzXIum
© Utusan Melayu (M) Bhd 





Pesawat Lion Air terhempas: 189 penumpang dipercayai terkorban

29 10 2018

[Astro Awani}- JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang dipercayai terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.

Pesawat Lion Air JT 610 itu meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.

Ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).”Pesawat itu disahkan telah terhempas,” jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, dipetik sebagai berkata oleh portal beritaReuters.

Pesawat itu dipercayai terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.

Menurut laporan awal, terdapat 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.

Pesawat malang itu dari jenis Boeing 737 MAX 8, menurut perkhidmatan pengesanan udara Flightradar 24.








%d bloggers like this: