Majlis Hari Raya Prof Sidek Baba

17 06 2019

Saya sangat teruja apabila dijemput oleh guru yang sangat saya hormati, Prof Datuk Dr Sidek Baba ke majlis rumah terbuka di kediamannya semalam. Beliau adalah tokoh yang amat di hormati dan sangat dekat di hati arwah ayahanda saya. Datuk Sidek, yang sering membahasakan dirinya sebagai Cikgu merupakan seorang aktivis Islam yang sangat aktif di dalam kerja-kerja dakwah sejak zaman beliau masih belajar sehinggalah hari ini.
Oleh kerana kami tiba sebelum majlis bermula, sempat kami berbual panjang dan berbincang tentang isu-isu semasa terutamanya tentang nasib orang Melayu di masa hadapan. Seperti arwah ayahanda saya, Cikgu Sidek amat prihatin akan nasib bangsa dan masa depan negara; dan sering membantu dan menasihati kami sejak pemergian ayahanda.
Alhamdulillah, Cikgu Sidek juga telah menghadiahkan saya senaskah buku bertajuk, “Desert Storm”, novel dakwah terbaharu beliau yang menceritakan tentang perjuangan beliau di dalam bidang dakwah yang bagi saya akan memberi kekuatan, panduan dan iktibar kepada kita semua dalam membentuk diri ke arah menjadi insan yang lebin baik.

Terima kasih kepada Abang Nasrul kerana telah bermurah hati membawa kami ke rumah Cikgu.

Advertisements




Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1440

5 05 2019




Satu-Satunya Anak Melayu Penerima Anugerah Cambridge A Level Sesi Ini

27 04 2019

Dua hari lepas, saya telah mengiringi kakak ke majlis penyampaian anugerah Outstanding Cambridge Learner Awards Malaysia (OCLAMalaysia) di Hotel Armada, Petaling Jaya bagi peperiksaan A Level, AS Level dan IGCSE sesi bulan November 2018. Penerima-penerima anugerah berprestij ini adalah calon-calon yang bukan sahaja telah berjaya mendapat markah tertinggi tetapi juga menunjukkan prestasi cemerlang dan luar biasa di dalam perperiksaan-peperiksaan tersebut.

Di majlis tersebut, kakak sulong saya, Aiman Amani Karim, telah menerima anugerah High Achievement in English Language, yang bermakna beliau adalah pelajar terbaik Malaysia bagi subjek Bahasa Inggeris peperiksaan A Level November 2018. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Dr Rahimah Adam, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Dasar & Perkembangan (SPDP) Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi saya, kejayaan ini amat bermakna kerana kakak saya merupakan satu-satunya penerima anugerah Cambridge peringkat A Level yang berbangsa Melayu. Kakak saya juga satu-satunya calon persendirian yang
menerima anugerah Cambridge peringkat A Level. Penerima-penerima anugerah lain merupakan pelajar-pelajar daripada kolej-kolej swasta ternama.

Saya bersyukur dan merasa bangga melihat kejayaan kakak kesayangan saya yang telah menduduki peperiksaan di saat kami sedang diuji dengan berbagai tekanan setelah baharu sahaja kehilangan ayahanda kesayangan kami.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., kerana dengan limpah kurnianya kakak saya telah mendapat kejayaan cemerlang yang sangat bermakna bagi kami semua. Saya turut menumpang bangga dengan pencapaian ini, dan Insya-Allah, saya berdoa agar ianya akan membawa manfaat kepada seluruh umat Islam.

Related Post:





GERHANA BULAN PENUH – 28 JULAI 2018 Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Pada Abad ke-21

27 07 2018

Dari Facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

PERKARA : Fenomena Gerhana Bulan Penuh
Tarikh : 28 Julai 2018 (Jumaat malam Sabtu)
Masa : 01:14 pagi hingga jam 07:28 pagi. Kawasan terlibat : Seluruh tempat di Malaysia

Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 28 Julai 2018 (Jumaat malam Sabtu), yang akan bermula pada jam 01:14 pagi hingga jam 07:28 pagi. Seluruh tempat di Malaysia akan dapat menyaksikan fenomena ini.

Fasa Penuh iaitu Bulan akan kelihatan berwarna jingga kemerahan akan berlangsung selama 1 jam 43 minit dan merupakan Gerhana Bulan Penuh yang paling lama pada abad ke-21.

Fasa Penumbra bermula – 01:14:47 pagi
Fasa Separa bermula – 02:24:27 pagi
Fasa Penuh bermula – 03:30:15 pagi
Fasa Penuh maksima – 04:21:44 pagi
Fasa Penuh berakhir – 05:13:11 pagi
Fasa Separa berakhir – 06:19:00 pagi
Fasa Penumbra berakhir – 07:28:38 pagi

Sumber : Facebook Agensi Angkasa Negara





Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439

15 06 2018





Selamat Menyambut Hari UMNO ke-72

11 05 2018





PRU14: Pengalaman Pertama Meraih Undi

9 05 2018

Pagi tadi, sementara menunggu ayah mengundi, saya ke sebuah PDM Barisan Nasional di kawasan parlimen Titiwangsa, iaitu di SK Dato’ Keramat untuk membantu meraih undi.

Ini ialah pengalaman meraih undi yang pertama untuk saya!

Dengan membawa bendera BN dari rumah, saya bersama kakak-kakak telah mengibar bendera BN, sambil menyanyikan lagu “Perajurit Tanah Air”.

Kami juga cuba menolong mereka yang datang untuk mengundi, memberi air kepada yang dahaga pada pagi yang panas itu dan membawa mereka kepada petugas untuk mengenal pasti saluran mengundi mereka.

Sayangnya saya dan dua orang kakak masih terlalu muda untuk mengundi pada PRU14 ini!

Selamat mengundi!

 








%d bloggers like this: