Pengalaman Membentang Kertas Kajian di CFSE IIUM

Baru-baru ini, telah berlangsung persidangan, ‘Conference on Future & Sustainable Education‘ selama dua hari, bermula daripada 29 hingga 30 November di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Persidangan kajian yang bertemakan pendidikan ini disertai ahli-ahli akademik dari seluruh negara, termasuk juga beberapa peserta daripada luar negara dan berlangsung .

Saya telah membentangkan kertas kajian saya bertajuk, “Generation Gap Between the 21/22 and 22/23 Batch in CFS IIUM” (Jurang Generasi Antara Kumpulan Kemasukan 21/22 dan 22/23 di Pusat Asasi UIAM).

Mendapat tahu tentang persidangan ini pada saat-saat akhir sebelum tarikh penyertaan di tutup, saya terus menyiapkan ….. untuk dihantar dengan harapan saya diterima menyertai persidangan ini.

Oleh kerana persidangan ini penting kerana saya berpeluang menimba ilmu daripada ahli-ahli akademik yang sama-sama mengambil bahagian, maka, saya bertekad menyertainya walaupun ketika itu saya sibuk dengan peperiksaan semester serta tugasan yang perlu disiapkan.

Menariknya, persidangan tersebut dilakukan serentak dengan pertandingan bagi kajian dan e-poster serta pembentangannya.

Saya tidak menyasarkan untuk memenangi pertandingan ini memandangkan daripada lebih 60 peserta, kesemua peserta lain ialah daripada kalangan ahli akademik kecuali saya dan dua lagi kumpulan yang terdiri daripada pelajar.

Matlamat utama saya adalah untuk mendapat pengalaman dalam bidang membuat kajian bersama kalangan profesional yang mahir dalam bidang ini..

Kerana kekangan masa sepanjang musim peperiksaan, faktor kos dan kekecohan Pilihan Raya Umum ke-15, saya terpaksa menstruktur semula beberapa perkara dalam kajian saya termasuk menukar tajuknya bagi mengecilkan skala kajian.

Saya amat bersyukur akhirnya saya berjaya menyiapkan segala yang diperlukan termasuk e-poster bagi tujuan pembentangan.

Alhamdulillah, pada hari penutup, saya diumumkan sebagai pemenang pembentang terbaik – satu kemenangan yang tidak saya jangkakan memandangkan saya bersaing dengan para ilmuan profesional.

Ini ialah satu kejayaan yang amat besar dan amat manis bagi saya.

Lebih manis lagi saya turut memenangi anugerah pingat emas secara keseluruhan bagi kajian saya.

Bukan mudah untuk menjalankan kajian tanpa pengalaman yang luas dan dalam ruang dan masa yang terhad. Apatah lagi ketika itu saya sedang menduduki peperiksaan semesta; namun berbekalkan semangat serta doa dan sokongan keluarga dan para pensyarah, akhirnya saya berjaya melakukannya.

Selepas persidangan tersebut, saya, bagi pihak universiti telah mengiringi Dr. Rahmatullah dan Dr. Ananda daripada Universitas Lambung Mangkurat, Indonesia melawat beberapa tempat di kampus utama UIAM di Gombak.

Di antara tempat yang kami lawati ialah Perpustakaan Darul Hikmah, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah serta beberapa tempat menarik yang lain di sekitar kampus.

Persidangan tersebut menjadi satu pengalaman dan kenangan yang sungguh bermakna bagi diri saya.

Saya amat berterima kasih kepada para pensyarah dan pihak universiti yang berusaha memupuk semangat serta membuka peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat di pentas yang lebih besar di luar bilik kuliah.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: