Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Pahit 2022 Bakar Semangat 2023” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit di akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca pada muka surat 15 akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
Baru-baru ini, telah berlangsung persidangan, ‘Conference on Future & Sustainable Education‘ selama dua hari, bermula daripada 29 hingga 30 November di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Persidangan kajian yang bertemakan pendidikan ini disertai ahli-ahli akademik dari seluruh negara, termasuk juga beberapa peserta daripada luar negara dan berlangsung .
Saya telah membentangkan kertas kajian saya bertajuk, “Generation Gap Between the 21/22 and 22/23 Batch in CFS IIUM” (Jurang Generasi Antara Kumpulan Kemasukan 21/22 dan 22/23 di Pusat Asasi UIAM).
Mendapat tahu tentang persidangan ini pada saat-saat akhir sebelum tarikh penyertaan di tutup, saya terus menyiapkan ….. untuk dihantar dengan harapan saya diterima menyertai persidangan ini.
Oleh kerana persidangan ini penting kerana saya berpeluang menimba ilmu daripada ahli-ahli akademik yang sama-sama mengambil bahagian, maka, saya bertekad menyertainya walaupun ketika itu saya sibuk dengan peperiksaan semester serta tugasan yang perlu disiapkan.
Menariknya, persidangan tersebut dilakukan serentak dengan pertandingan bagi kajian dan e-poster serta pembentangannya.
Saya tidak menyasarkan untuk memenangi pertandingan ini memandangkan daripada lebih 60 peserta, kesemua peserta lain ialah daripada kalangan ahli akademik kecuali saya dan dua lagi kumpulan yang terdiri daripada pelajar.
Matlamat utama saya adalah untuk mendapat pengalaman dalam bidang membuat kajian bersama kalangan profesional yang mahir dalam bidang ini..
Kerana kekangan masa sepanjang musim peperiksaan, faktor kos dan kekecohan Pilihan Raya Umum ke-15, saya terpaksa menstruktur semula beberapa perkara dalam kajian saya termasuk menukar tajuknya bagi mengecilkan skala kajian.
Saya amat bersyukur akhirnya saya berjaya menyiapkan segala yang diperlukan termasuk e-poster bagi tujuan pembentangan.
Alhamdulillah, pada hari penutup, saya diumumkan sebagai pemenang pembentang terbaik – satu kemenangan yang tidak saya jangkakan memandangkan saya bersaing dengan para ilmuan profesional.
Ini ialah satu kejayaan yang amat besar dan amat manis bagi saya.
Lebih manis lagi saya turut memenangi anugerah pingat emas secara keseluruhan bagi kajian saya.
Bukan mudah untuk menjalankan kajian tanpa pengalaman yang luas dan dalam ruang dan masa yang terhad. Apatah lagi ketika itu saya sedang menduduki peperiksaan semesta; namun berbekalkan semangat serta doa dan sokongan keluarga dan para pensyarah, akhirnya saya berjaya melakukannya.
Selepas persidangan tersebut, saya, bagi pihak universiti telah mengiringi Dr. Rahmatullah dan Dr. Ananda daripada Universitas Lambung Mangkurat, Indonesia melawat beberapa tempat di kampus utama UIAM di Gombak.
Di antara tempat yang kami lawati ialah Perpustakaan Darul Hikmah, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah serta beberapa tempat menarik yang lain di sekitar kampus.
Persidangan tersebut menjadi satu pengalaman dan kenangan yang sungguh bermakna bagi diri saya.
Saya amat berterima kasih kepada para pensyarah dan pihak universiti yang berusaha memupuk semangat serta membuka peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat di pentas yang lebih besar di luar bilik kuliah.
Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Ambil Iktibar Sejarah Politik Negara” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit di akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca pada muka surat 16 akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah lumpuh apabila semua wakil rakyatnya keluar parti berkuat kuasa hari ini.
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semua wakil rakyat mengambil keputusan keluar dan meninggalkan Bersatu.
“Kami membuat keputusan ini setelah mempertimbang keadaan landskap politik Malaysia ketika ini, terutama di Sabah.
“Keputusan sebulat suara ini adalah demi kepentingan Sabah, demi perpaduan dan memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat untuk kita terus berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.
“Justeru, kami akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu, namun untuk sementara ini kami secara kolektif akan menjadi ahli GRS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hajiji, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah berkata, pada masa ini wakil rakyat akan menggunakan GRS untuk menyuarakan kepentingan Sabah dan negeri-negeri Borneo.
Menurut beliau, keputusan ini adalah yang terbaik untuk perpaduan dan kestabilan politik di Sabah.
Katanya, keputusan itu diambil setelah mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi.
“Kami berikrar memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan dan kami yakin dengan kepemimpinan dan kebijaksanaan Anwar untuk memimpin negara.
“Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaksanakan juga adalah untuk memastikan pemulihan ekonomi Sabah dan perpaduan dalam kalangan rakyat berterusan.
“Adalah menjadi komitmen kami bersama Sarawak sebagai Blok Borneo untuk menyuarakan aspirasi rakyat dan untuk melihat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilaksanakan sepenuhnya.
“Keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahan untuk kekal sebagai status quo,” katanya.
Di peringkat Persekutuan, Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
Tambahnya, beliau akan memastikan momentum dalam pertumbuhan dan pembangunan Sabah dan untuk melihat Sabah makmur sejajar dengan mandat yang diberikan kepada mereka dalam pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, Naib Pengerusi Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) belum menyatakan pendiriannya mengenai keputusan Bersatu Sabah itu. –{Utusan Digital]
Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Kita Tidak Peduli Pun Bahasa Sendiri” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit di akhbar Utusan Malaysia.
Tulisan saya boleh dibaca pada muka surat 14 akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan senarai anggota kabinetnya yang turut dianggotai oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri
Naib Presiden Kanan PBB, Fadillah Yusof yang mewakli Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, Anwar mengumumkan Zahid juga menjadi menteri kemajuan desa dan wilayah manakala Fadillah sebagai menteri perladangan dan komuniti.
Anwar pula memegang portfolio kewangan.
Senarai penuh barisan kabinet itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk diperkenan Tuanku. -{Malaysiakini]