Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Berdiam Diri Tidak Selesai Masalah

Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Berdiam Diri Tidak Selesai Masalah” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit di akhbar Utusan Malaysia.

Tulisan saya boleh dibaca pada muka surat 16 akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.

Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Kelam-kabut Bila Raya Mengejut

Alhamdulillah, tulisan saya hari ini bertajuk “Kelam-kabut Bila Raya Mengejut” telah diterbit di Utusan Malaysia.

Tulisan saya ini boleh dibaca di Utusan Malaysia hari ini pada muka surat 16, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah:

Esok(Isnin) Hari Raya Aidil Fitri

Berita Harian – Masyarakat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri, esok.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi, selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen tempatan, sebentar tadi.

Cerapan anak bulan dikendalikan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya, merangkumi pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Maklumat rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia, terbitan JUPEM.

%d bloggers like this: