Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Moga Amalan Kita Diterima

Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Moga Amalan Kita Diterima” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit di akhbar Utusan Malaysia.

Tulisan saya boleh dibaca pada muka surat 16 akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.

Kalau bukan Muhyiddin, siapa lagi?

[ baca versi jawi di sini ]

Keputusan PPBM untuk menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri PRU15 tidaklah mengejutkan.

Hal ini kerana beliau dianggap sebagai tunjang kepada kelangsungan PPBM dalam arena politik tanah air. Sama keadaannya seperti Tun Dr. Mahathir kepada parti Pejuang.

Bahkan, Muhyiddin bukan hanya memainkan peranan yang besar dalam mencatur pergerakan politik PPBM tetapi juga Perikatan Nasional (PN).

Buktinya, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor, PN menampilkan Muhyiddin sebagai ‘poster boy‘ atau wajah poster mereka.

Meskipun keputusan meletakkan Muhyiddin sebagai calon PM bukanlah aneh, namun ada penganalisis politik yang bertanya adakah itu satu tindakan yang wajar?

Dalam PRN Sabah, PN yang menggunakan slogan “Abah sayang Sabah,” bertanding di bawah payung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama BN dan PBS.

GRS memenangi PRN tersebut dan dapat membentuk kerajaan negeri Sabah.

Namun begitu, dalam PRN Melaka dan Johor, tatkala PN bertanding secara solo, prestasi mereka merundum jatuh sehingga 92% berbanding peratus kenenangan mereka pada PRN Sabah:

  1. Pada PRN Sabah, PN menang 17 kerusi daripada 29 kerusi yang mereka tandingi atau 59%
  2. Pada PRN Melaka, PN menang 2 kerusi daripada 28 kerusi yang mereka tandingi atau 7%
  3. Pada PRN Johor, PN menang 3 kerusi daripada 56 kerusi yang mereka tandingi atau 5%

Memandangkan sudah dua kali berturut-turut PN dilihat gagal mendapatkan sokongan rakyat, ada pemerhati politik berpendapat PN perlukan seorang tokoh baharu untuk menawan hati pengundi.

Namun persoalannya; jika bukan Muhyiddin, siapa lagi?

کالاو بوکن محي الدين⹁ سياڤا لاݢي؟

[ baca versi rumi di sini ]

کڤوتوسن ڤ.ڤ.ب.م. اونتوق مناماکن تن سري محي الدين سباݢاي چالون ڤردان منتري ڤ.ر.ع. 15 تيدقله مڠجوتکن.

حال اين کران بلياو دأڠݢڤ سباݢاي تونجڠ کڤد کلڠسوڠن ڤ.ڤ.ب.م. دالم ارينا ڤوليتيک تانه اءير. سام کأداءنڽ سڤرتي تون دوکتور محضير دالم ڤرتي ڤجواڠ.

محي الدين بوکن هاڽ مماءينکن ڤرنن يڠ بسر دالم منچاتور ڤرݢرقن ڤوليتيک ڤ.ڤ.ب.م. تتاڤي جوݢ ڤرايکتن ناسيونل (ڤ.ن.)

ماله⹁ دالم ڤيليهن راي نݢري (ڤ.ر.ن.) سابه⹁ ملاک دان جوهر⹁ ڤ.ن. منمڤيلکن محي الدين سباݢاي واجه ڤوستر مريک.

مسکيڤون کڤوتوسن ملتقکن محي الدين سباݢاي چالون ڤردان منتري بوکنله انيه⹁ نامون اد ڤڠاناليسيس ڤوليتيک يڠ برتاڽ اداکه ايت ساتو تيندقن يڠ واجر برداسرکن سيتواسي سماس ڤوليتيک نݢارا.

دالم ڤ.ر.ن. سابه⹁ ڤ.ن. يڠ مڠݢوناکن سلوݢن “ابه سايڠ سابه⹁” برتنديڠ دباوه ڤايوڠ ݢابوڠن رعيت سابه (ݢ.ر.س.) برسام ب.ن. دان ڤ.ب.س.

ݢ.ر.س. ممنڠني ڤ.ر.ن. ترسبوت دان داڤت ممبنتوق کراجاءن نݢري سابه.

نامون بݢيتو⹁ دالم ڤ.ر.ن. ملاک دان جوهر⹁ تتکالا ڤ.ن. برتنديڠ سچارا سولو⹁ ڤريستاسي مريک مرودوم جاتوه سهيڠݢ 92%:

  1. ڤد ڤ.ر.ن. سابه⹁ ڤ.ن. منڠ 17 درڤد 29 کروسي يڠ مريک تنديڠي اتاو 59%
  2. ڤد ڤ.ر.ن. ملاک⹁ ڤ.ن. منڠ 2 کروسي درڤد 28 کروسي يڠ مريک تنديڠي اتاو 7%
  3. ڤد ڤ.ر.ن. جوهر⹁ ڤ.ن. منڠ 3 کروسي درڤد 56 کروسي يڠ مريک تنديڠي اتاو 5%

ممندڠکن سوده دوا کالي برتوروت-توروت ڤ.ن. دليهت ݢاݢل منداڤت سوکوڠن رعيت⹁ اد يڠ برڤنداڤت ڤ.ن. ڤرلوکن سأورڠ توکوه بهارو اونتوق مناون هاتي ڤڠوندي.

نامون ڤرسوءالنڽ⁏ جک بوکن محي الدين⹁ سياڤا لاݢي؟

Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Kenapa Tiada ‘Layanan’ Serupa di Palestin?

Alhamdulillah, tulisan saya hari ini bertajuk “Utusan Malaysia: Kenapa Tiada ‘Layanan’ Serupa di Palestin?” telah diterbit di Utusan Malaysia.

Tulisan saya ini boleh dibaca di Utusan Malaysia hari ini pada muka surat 16, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah:

Finaz Yunus Letak Jawatan di TV AlHijrah

Wartawan dan pengacara tempatan, Hajah Syafinaz Yunus telah meletakkan jawatannya di TV AlHijrah hari ini setelah 12 tahun berkhidmat dalam syarikat penyiaran tersebut.

Melalui sebuah kenyataan yang dikeluarkan di laman-laman sosialnya pagi tadi, beliau yang lebih masyhur dengan nama Finaz Yunus berkata tidak mudah baginya untuk membuat keputusan tersebut.

“Bukan mudah untuk meninggalkan tempat yang memberi pelbagai pengalaman pahit & manis dalam membentuk saya sebagai seorang Manusia, Pengamal Media & Ketua. TV AlHijrah adalah ‘madrasah’ buat saya.

“Tidak pernah saya menunaikan solat sunah istikharah sebanyak ini untuk peroleh keyakinan.”

Finaz telah berkhidmat sebagai pengamal media di TV AlHijrah sejak 1 Jun 2010. Sepanjang masa itu, beliau telah membuat laporan khas untuk TV AlHijrah serta menjalankan rancangannya sendiri, Analisis.

Rancangan tersebut bermula sebagai satu slot di dalam Berita AlHijrah, sebelum dibesarkan menjadi program penuh berdurasi satu jam.

Di dalam terbitan di laman Instagramnya yang disertakan satu video pendek, Finaz menyifatkan stesen televisyen tersebut ibarat madrasah baginya, yang telah membuat dirinya lebih matang sebagai manusia.

Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Hiduplah Dalam Acuan Sendiri

Alhamdulillah, hari ini tulisan saya “Hiduplah Dalam Acuan Sendiri” di dalam kolum saya, Diari Remaja telah diterbit di akhbar Utusan Malaysia.

Tulisan saya boleh dibaca pada muka surat 33 akhbar Utusan Malaysia hari ini, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah.

Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Kisah Saya dan Bubur Lambuk Waktu Ramadan

Alhamdulillah, tulisan saya hari ini bertajuk “Kisah Saya dan Bubur Lambuk Waktu Ramadan” telah diterbit di Utusan Malaysia.

Tulisan saya ini boleh dibaca di Utusan Malaysia hari ini pada muka surat 16, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah:

%d bloggers like this: