Apa istimewanya kerusi DUN Puteri Wangsa sehingga hangat diperkatakan?
Khabarnya PKR Johor mahukan kerusi tersebut namun kerusi itu diserahkan kepada parti Ikatan Demokratik Malaysia pimpinan Syed Saddiq oleh DAP dan PAN, dengan Amira Aisya sebagai calonnya dalam PRN ini.
Kerusi rebutan ini dianggap sebagai kerusi selamat mereka; malah telah dimenangi pembangkang (Pakatan Rakyat dan kemudiannya PH) selama dua penggal.
Diberitakan juga, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis yang dikatakan telah banyak melakukan gerak kerja di DUN tersebut, dianggap sebagai individu yang layak untuk dicalonkan di situ.
Jika benar keadaan ini, maka dapatkah parti Ikatan Demokratik Malaysia menawan hati penyokong PKR?
Mungkin dengan peratus pengundi bukan Melayu yang melebihi 60% memberi keyakinan kepada mereka untuk menang; namun hakikatnya penyokong PKR tentu merasa kecewa dengan keputusan ini.
Sanggupkah mereka mengundi muka baharu daripada parti baharu yang belum mereka kenali?
Adakah jentera PKR DUN Puteri Wangsa akan berkempen untuk Amira Aisya atas semangat setiakawan PH?