Siapa Rampas Johor, Miliki Putrajaya?

[ baca versi jawi di sini ]

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti dikatakan bakal memberi gambaran kepada sentimen politik tanah air.

Johor merupakan negeri yang penting dalam perjalanan sejarah politik negara. Banyak gerakan politik kita juga bermula di Johor.

Tambah menarik, situasi politik di Johor dan di Putrajaya seolah-olah saling kait-mengait:

  • Runtuh kerajaan BN Johor, runtuh juga kerajaan BN persekutuan.
  • Berdiri kerajaan PH Johor, berdiri juga kerajaan PH persekutuan.
  • Runtuh kerajaan PH persekutuan, runtuh juga kerajaan PH Johor.
  • Berdiri kerajaan gabungan BN-PN Johor, berdiri juga BN-PN persekutuan.

Johor menjadi ibarat ‘bukit’ di dalam permainan “king of the hill” atau ‘raja bukit’, di mana sesiapa dapat merampas ‘bukit’ itu dialah yang menjadi raja dalam permainan tersebut.

PRN Johor pula bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Ia sudah lama diduga, malah saya percaya para pemimpin parti telah lama mempersiapkan jentera dan bersiaga untuk berdepan dengan PRN Johor sejak lama dahulu.

Majoriti kerusi yang amat tipis serta pergolakan dalam gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan negeri Johor bukanlah satu situasi yang kondusif bagi mentadbir negeri.

Di peringkat persekutuan juga, hubungan di antara gabungan PN dan BN juga bergolak.

PRN Melaka memperlihatkan BN yang bergerak secara solo telah berjaya memenangi 3/4 daripada kerusi DUN Melaka.

Walau apapun alasan yang diberikan oleh PN dan PH untuk menutup kekalahan mereka di Melaka, hakikatnya BN telah menang dengan majoriti besar.

Berjayakah BN menang besar di Johor? Seterusnya, apakah implikasinya kepada pergerakan politik tanah air?

Ada pemerhati politik membangkitkan kemungkinan Tan Sri Muhyiddin selaku presiden PPBM menarik sokongan terhadap Ismail Sabri dan memaksa PRU untuk diadakan, mungkin secara serentak dengan PRN Johor.

Hal itu nampaknya dipersetujui pemimpin PPBM sendiri apabila Ketua Penerangan PPBM Johor Selatan semalam menggesa PRU diadakan sekali gus dengan PRN Johor.

Sedar tidak sedar, sudah hampir empat tahun berlalu sejak PH memenangi PRU14 dan sejak itu kita telah mempunyai 3 orang Perdana Menteri, satu rekod baharu dalam perjalanan politik negara.

Kini, kedudukan politik negara telah berubah lagi, malah telah lahir berbagai-bagai parti politik baharu serta gabungan yang baharu.

Mungkinkah kita bakal melihat satu perubahan besar di peringkat pusat? Wallahua’lam.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

One thought on “Siapa Rampas Johor, Miliki Putrajaya?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: