Berita terkini:
SAH: DUN Johor Dibubarkan
Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni Mohammad telah mengumumkan bahawa ketua-ketua UMNO bahagian Johor telah bersetuju untuk Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan.
Hal itu hanya perlu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar apabila Baginda akan menerima mengadap Dato’ Hasni jam 5 petang ini.
Seperti di Melaka, pergolakan politik Johor dijangka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak kepada pengundi untuk menentukan kerajaan negeri.
Langkah ini dilihat amat perlu bagi memastikan kerajaan negeri Johor dapat berfungsi dengan baik bagi membela nasib rakyat.
Kedudukan gabungan kerajaan negeri berada dalam keadaan bagai telur di hujung tanduk dengan majoriti hanya satu kerusi berikutan kematian ADUN Kempas daripada PPBM, Allahyarham Osman Sapian baru-baru ini.
Keadaan bertambah buruk akibat pergolakan di antara parti-parti yang membentuk kerajaan negeri Johor baik di peringkat negeri mahupun pusat.
Untuk rekod, mengikut perlembagaan negeri, selepas DUN dibubarkan sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
One thought on “UMNO Johor Setuju Untuk Bubar DUN”