ݢمبر – جابتن ميتيورولوݢي تروس کلوارکن امرن هوجن بهايا د8 کاوسن

[ baca versi rumi di sini ]

سمننجوڠ مليسيا تروس دلندا بنجير ايکورن هوجن ساڠت لبت يڠ دجڠک برتروسن دسکيتر ڤيراق⹁ ڤهڠ دان قدح⹁ سرتا دبهاݢين اوتارا سلاڠور دان سلوروه ڤنتاي تيمور.

جابتن ميتيورولوݢي مليسيا تله مڠلوارکن امرن بهايا تاهڤ ميره باݢي سلاتن ڤيراق⹁ دان تاهڤ جيڠݢ (بوروق) باݢي 14 کاوسن سلوروه سمننجوڠ⹁ ماناکالا کاوسن لاءين کچوالي سلاتن سلاڠور⹁ کوالا لمڤور⹁ ڤوتراجاي⹁ نݢري سمبيلن⹁ ملاک دان جوهر دبري امرن تاهڤ کونيڠ (وسڤادا.)

بنجير کيلت مالم سمالم تله مڽببکن ايبو کوتا کوالا لمڤور تڠݢلم دالم اءير سڤنجڠ مالم عاقبة هوجن لبت يڠ برتروسن سجق هاري جمعة.

باچ لاڤورن تردهولو:
(ݢمبر) بنجير کيلت تربوروق سجق 20 تاهون ملندا کوالا لمڤور

ڤد جم 1.40 ڤاݢي تادي⹁ جابتن ميتيورولوݢي تله مڠلوارکن امرن بهايا تاهڤ ميره باݢي همڤير سلوروه نݢري سلاڠور ترماسوق کوالا لمڤور اوليه کران هوجن ساڠت لبت يڠ برتروسن سهيڠݢ ڤاݢي.

سلاور دان کوالا لمڤور ماسيه مڠهادڤي بنجير ستاکت اين دان لبيه 50 جالن دان لالوان تله دتوتوڤ عاقبة بنچان ترسبوت.

سباڽق لاڤن نݢري سچارا کسلوروهنڽ ياءيت ڤيراق⹁ کوالا لمڤور⹁ سلاڠور⹁ نݢري سمبيلن⹁ ملاک⹁ کلنتن⹁ ترڠݢانو دان ڤهڠ ترکسن دڠن بنجير بسر سمالم.

منوروت لاڤورن اوتوسن مليسيا⹁ اي ايکورن لکوقن تروڤيک ممباداي سلاتن فيليڤينا اڤابيلا فينومينا برکناءن مڠوکوهکن اڠين تيمور لاءوت برتيوڤ ککاوسن سمننجوڠ مليسيا دڠن ممباوا لمبڤن تيڠݢي دکاوسن ڤنتاي تيمور دان مرنتاسي سمننجوڠ مليسيا.

(Gambar) J. Meteorologi Terus Keluarkan Amaran Hujan Bahaya di 8 Kawasan

[ baca versi jawi di sini ]

Semenanjung Malaysia terus dilanda banjir ekoran hujan sangat lebat yang dijangka berterusan di sekitar Perak, Pahang dan Kedah, serta di bahagian utara Selangor dan seluruh Pantai Timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran bahaya tahap merah bagi selatan Perak, dan tahap jingga (buruk) bagi 14 kawasan seluruh semenanjung, manakala kawasan lain kecuali selatan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diberi amaran tahap kuning (waspada).

Banjir kilat malam semalam telah menyebabkan ibu kota Kuala Lumpur tenggelam dalam air sepanjang malam akibat hujan lebat yang berterusan sejak hari Jumaat.

Baca laporan terdahulu:
(Gambar) Banjir Kilat Terburuk Sejak 20 Tahun Melanda KL

Pada jam 1.40 pagi tadi, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran bahaya tahap merah bagi hampir seluruh negeri Selangor termasuk Kuala Lumpur oleh kerana hujan sangat lebat yang berterusan sehingga pagi.

Selangor dan Kuala Lumpur masih menghadapi banjir setakat ini, dan lebih 50 jalan dan laluan telah ditutup akibat bencana tersebut.

Sebanyak lapan negeri secara keseluruhannya, iaitu Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang terkesan dengan banjir besar semalam.

Menurut laporan Utusan Malaysia, ia ekoran Lekukan Tropika membadai selatan Filipina apabila fenomena berkenaan mengukuhkan angin timur laut bertiup ke kawasan Semenanjung Malaysia dengan membawa lembapan tinggi di kawasan pantai timur dan merentasi Semenanjung Malaysia.

(Gambar) Banjir Kilat Terburuk Sejak 20 Tahun Melanda KL

Baca laporan terkini:
(Gambar) J. Meteorologi Terus Keluarkan Amaran Hujan Bahaya di 8 Kawasan

Hujan tidak berhenti selama lebih 24 jam telah menyebabkan banjit kilat yang disifatkan sebagai terburuk sejak 20 tahun lalu melanda ibu kota hari ini.

Hampir seluruh Lembah Klang menghadapi banjir yang teruk terutamanya di kawasan-kawasan seperti Shah Alam dan Klang.

Air parit dan longkang berhampiran dilaporkan telah melimpah ke jalan raya sehingga mencecah 0.7 meter lalu menenggelamkan beberapa buah kenderaan.

Paras air dijangka terus meningkat sekiranya hujan tetap berterusan.

Syarikat Pasar Raya Giant telah mengarahkan semua gedungnya di kawasan Lembah Klang untuk ditutup buat sementara waktu akibat banjir yang teruk itu.

%d bloggers like this: