Sila baca: Daulat Tuanku
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tiba di Istana Negara pada jam 12.23 tadi, dijangka bagi meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke-8. Beliau telah berkhidmat selama 18 bulan sejak Mac tahun lepas.
Terdahulu, beberapa penjawat awam kanan negara termasuk Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera telah tiba di Istana Negara usai bermesyuarat di Perdana Putra pagi tadi.
Sila baca: IGP, PAT, AG, KSN, Tiba Untuk Mesyuarat Khas Kabinet
Semalam, menteri tugas-tugas khas, Mohd Redzuan Md Yusof, mengesahkan bahawa Perdana Menteri akan mengadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatannya hari ini.
Jika beliau meletak jawatan pada hari ini, beliau akan menjadi Perdana Menteri tersingkat memerintah dalam sejarah negara iaitu selama 18 bulan dan 14 hari.
Berita lanjut menyusul.