Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan melalui perutusan khasnya bahawa beliau sedang berunding dengan Ahli-ahli Parlimen di luar Perikatan Nasional untuk memberi sokongan kepada beliau agar dapat kekal memerintah negara.
Menurutnya, sekiranya undi percaya di Parlimen pada bulan depan dilulus, Ahli-ahli Parlimen akan diberi peruntukan tahunan lebih.
Beliau percaya bahawa sekiranya kerajaan Perikatan Nasional jatuh, tidak ada yang dapat mengganti beliau sebagai Perdana Menteri, maka beliau hendaklah kekal memerintah agar negara terus mempunyai satu kerajaan.
Ketua Pembangkang juga dijanjikan saraan dan kemudahan setara dengan seorang Menteri Kanan.
Sila baca: PM: Ketua Pembangkang Akan Diberi Saraan Setara Dengan Menteri Kanan Jika Sokong Muhyiddin
Kata Muhyiddin, ini sahaja tindakan kehormat dan berperlembagaan yang boleh dilakukan beliau pada ketika ini.
Baca kenyataan penuh di bawah:
One thought on “Ucapan Khas Muhyiddin: Runding Dengan MP Luar PN Untuk Lulus Undi Percaya”