Ismail Sabri, Beberapa Menteri Bertemu Najib

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak malam ini.

Pertemuan dikatakan berlangsung di kediaman Najib sejak jam 8 malam dan berakhir tiga jam selepas itu.

Sumber MalaysiaGazette memaklumkan selain Ismail Sabri, turut kelihatan tiga kenderaan menteri mengiringi Naib Presiden UMNO itu.

Pertemuan dipercayai bertujuan menjelaskan pendirian mereka menyokong  kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia berikutan menteri-menteri UMNO masing-masing memegang portfolio penting berkaitan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan tanggungjawab tersebut perlu diberi keutamaan.

Ia ada kaitan dengan desas-desus yang Ismail Sabri akan mengadakan sidang media esok bersama menteri-menteri UMNO berhubung pendirian mereka untuk tidak menarik sokongan terhadap PN dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setakat ini hanya seorang menteri UMNO iaitu Datuk Shamsul Anuar Nasarah telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli selepas Majlis Tertinggi parti itu memutuskan menarik semula sokongan terhadap PN dan Muhyiddin.

Keputusan itu dibuat berikutan kemelut PN dan Istana Negara berhubung pembatalan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat yang diputuskan Kabinet Muhyiddin pada 21 Julai lalu.

Istana Negara menitahkan supaya pembatalan tersebut dibahaskan di Parlimen sebelum boleh diwartakan.

Di sebalik keputusan MT itu, Ismail Sabri dilihat bersama-sama Muhyiddin dan anggota Kabinet lain mewakili parti masing-masing tampil pada perutusan khas perdana menteri pada Rabu menjelaskan bahawa kerajaan PN tidak tumbang dan perdana menteri masih mempunyai majoriti yang kuat. – (MalaysiaGazette)

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.