Laporan terkini: Mahiaddin: Undi Percaya Akan Dibentangkan Pada September
Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin telah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah di Istana Negara kira-kira pada jam 11.50AM sebentar tadi.
Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah pagi ini.
Bernama TV melaporkan kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki Pintu 1, Istana Negara pada pukul 10:53 pagi tadi.
Menurutnya, beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi tujuan menyembah maklum akan keputusan beliau untuk mengadakan undi percaya di Parlimen pada bulan September nanti.
Sila baca: Mahiaddin: Undi Percaya Akan Dibentangkan Pada September
Sebelum itu, Peguam Negara Idrus Harun tiba di istana pada jam 9.30 pagi tadi.
Idrus merupakan salah seorang daripada pegawai kerajaan tertinggi yang hadir di pertemuan di kediaman Mahiaddin lewat malam semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Acryl Abdullah dan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Affendi Buang turut dilihat memasuki Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya pagi ini.
KPN tiba pada jam 9.20, dan diikuti Affendi pada jam 9.30 pagi.
Tujuan pertemuan mereka belum diketuahui lagi, namun ia berikutan ketetapan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional.
MKT UMNO, selepas bermesyuarat petang semalam, mengumumkan bahawa MKT secara sebulat suara telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.
Menurut Ahmad Zahid, UMNO ketika mesyuarat MKTnya sebentar tadi bertindak sebegitu kerana telah memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sila baca: SAH – MKT UMNO Sebulat Suara Tarik Sokongan Perikatan Nasional
Sebelum itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan beliau sebagai menteri kabinet berkuat kuasa serta merta.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan juga UMNO atas peluang yang diberi untuk menjawat jawatan tersebut.
Sila baca: Shamsul Anuar Nasarah Letak Jawatan Menteri Kabinet
Menurut Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, terdapat lebih ramai lagi yang turut menarik sokongan mereka terhadap kerajaan, namun nama-nama mereka belum diumumkan.
One thought on “PM Tinggalkan Istana, Selesai Mengadap Agong”