Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Majlis Kerja Tertinggi parti tersebut membuat ketetapan untuk secara rasminya tidak lagi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional.
Menurutnya, UMNO ketika mesyuarat MKTnya sebentar tadi bertindak sebegitu kerana telah memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
MKT turut sebulat suara bersepakat untuk mendesak Perdana Menteri letak jawatan secara terhormat.
UMNO mengumumkan hal sedemikian ketika sidang media di Menara Dato’ Onn sebentar tadi.
Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Ahli Parlimen Pekan, Dato’ Seri Najib Razak.
Terdahulu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan beliau sebagai menteri kabinet berkuat kuasa serta merta.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan juga UMNO atas peluang yang diberi untuk menjawat jawatan tersebut.
Sila baca: Shamsul Anuar Nasarah Letak Jawatan Menteri Kabinet
Turut diumumkan ketika sidang media itu adalah penandatanganan surat perakuan menarik sokongan terhadap kerajaan yang ditandatangani lebih 12 Ahli Parlimen UMNO.
Mereka termasuk Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Azeez Rahim (Baling), Noh Omar (Tanjung Karang) dan ramai lagi.
Sila baca: Lebih 12 MP UMNO T’tangan Tarik Sokongan Terhadap PM & Perikatan Nasional
Menurut Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, terdapat lebih ramai lagi yang turut menarik sokongan mereka terhadap kerajaan, namun tidak dapat hadir ke sidang akhbar sebentar tadi.

5 thoughts on “SAH – MKT UMNO Sebulat Suara Tarik Sokongan Perikatan Nasional”