Lebih 6 Orang Ahli Kabinet Bertemu di Kediaman Muhyiddin

Beberapa Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkumpul di kediaman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sebuah mesyuarat tergempar.

Menurut laporan seorang wartawan MalaysiaGazette yang berada di sana, mereka bermesyuarat berikutan penarikan sokongan 12 Ahli Parlimen UMNO terhadap kerajaan, serta peletakan jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Terdahulu, Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO, selepas bermesyuarat petang tadi, mengumumkan bahawa MKT parti tersebut secara sebulat suara telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut Ahmad Zahid, UMNO ketika mesyuarat MKTnya sebentar tadi bertindak sebegitu kerana telah memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sila baca: SAH – MKT UMNO Sebulat Suara Tarik Sokongan Perikatan Nasional

Sebelum itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan beliau sebagai menteri kabinet berkuat kuasa serta merta.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan juga UMNO atas peluang yang diberi untuk menjawat jawatan tersebut.

Sila baca: Shamsul Anuar Nasarah Letak Jawatan Menteri Kabinet

Menurut Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, terdapat lebih ramai lagi yang turut menarik sokongan mereka terhadap kerajaan, namun nama-nama mereka belum diumumkan.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: