Parlimen Ditempoh Buat Kali Ke-4, Tunggu 5.30 Pula

Timbalan Speaker, Mohd Rashid Hasnon memaklumkan bahawa Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga jam 5.30 petang pula, kerana terdapat dua lagi kes positif Covid-19 di Parlimen.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Parlimen ditempoh empat kali sehari.

Terdahulu, Parlimen ditempohkan atas sebab terdapat dua kes positif Covid-19 di Parlimen.

Menurut beliau, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengirim sebuah surat permakluman kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.

Dukacita dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia telah dimaklumkan pada 29 Julai 2021, jam 12.30 tengah hari mengenai dua kes positif Covid-19 (dalam kalangan) yang telah hadir ke Parlimen.

Kedua-dua kes tersebut melibatkan petugas Parlimen.

Sehubungan dengan itu, dipohon saringan gejala dan ujian, saringan pengesanan Covid-19 dijalankan ke atas semua yang hadir dan berada di Parlimen Malaysia termasuklah semua Ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai, warga Parlimen dan pekerja-pekerja. Tiada siapa dibenarkan keluar dari kompleks Parlimen sehingga keputusan diperolehi.

Selepas berita terbaharu ini, jumlah kes positif di Parlimen hari ini menjadi 4 keseluruhannya.

Sebelum ini, menteri kabinet dan Peguam Negara Idrus Harun telah tiba di kediaman Perdana Menteri Mahiaddin Md Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Menurut Bernama TV, mereka mulai tiba pada jam 1.30 tengah hari tadi – satu jam sebelum persidangan Dewan Rakyat dijadualkan untuk bersambung semula.

Hal ini adalah berikutan kenyataan Istana Negara tengah hari tadi mengenai pembatalan Ordinan Darurat yang dilakukan tanpa restu Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sila baca: Istana: Ordinan Darurat Dibatal Tanpa Perkenan Agong

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan persekutuan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyhurkan Baginda.

Sejurus kenyataan itu dikeluarkan, suasana Parlimen yang sedang bersidang menjadi kecoh apabila hal tersebut dibangkitkan seorang Ahli Parlimen.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon membuat keputusan menangguhkan Dewan Rakyat selama 15 minit, dan kemudiannya menempohkannya sehingga jam 1 petang.

Sila baca: Ekoran Kenyataan Istana, Dewan Ditempoh Hingga Jam 1

Terdapat ura-ura serta desakan untuk undi percaya atau undi tidak percaya diadakan di Dewan Rakyat petang ini, namun hal tersebut belum disahkan oleh mana-mana pihak.

Sila baca: Adakah Undi Percaya Bakal Diadakan di Dewan Rakyat Petang Ini?

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.