Memperkenalkan Audio Siar Baharu: Gen Z Meets World!

Alhamdulillah, saya bersama-sama kakak-kakak telah memulakan satu rancangan audio siar (podcast) berjudul “Gen Z meets World”. Saya dan Kak Aeshah akan berbicara, bercerita, meluahkan pendapat serta berkongsi pengalaman tentang perkara yang dekat di hati Gen Z seperti kami.

Sebagai salam perkenalan, kami telah menerbitkan video pertama kami, Episod 0. Episod pengenalan ini menyoroti serba sedikit tentang kami, minat serta hubungan kami sebagai adik beradik yang membesar pada alaf baharu.

Saya memohon sokongan agar usaha ini dapat kami teruskan sebagai satu platform untuk berkongsi serta menyampaikan suara hati anak muda. Sila ikuti, kongsi serta menyukai kami di laman Facebook Oskida, laman Instagram dan di YouTube.

Episod 0 boleh ditonton di YouTube seperti di bawah:

Rancangan audio siar kami juga boleh diikuti di Spotify seperti di bawah:

%d bloggers like this: