Jangan Dolak Dalik, Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum, Anwar beritahu Takiyuddin

Walaupun di asak berkali-kali oleh pembangkang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan hari ini enggan memberitahu Dewan Rakyat sama ada Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan kepada keputusan kerajaan menarik balik semua ordinan darurat pada 21 Julai lalu.

Sebaliknya Takiyuddin berkata beliau akan hanya mengupas isu itu pada Isnin depan.

Penjelasan Takiyuddin itu menimbulkan rasa tidak buat hati pihak pembangkang termasuk Gobind Singh (PH-Puchong), Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai), dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim supaya ia dijelaskan hari ini.

Anwar mendesak Takiyuddin tidak perlu membuat penjelasan secara terperinci hari ini sebaliknya hanya perlu mengesahkan sama ada keputusan kerajaan pada 21 Julai untuk tidak meneruskan darurat dan ordinan telah diperkenan Agong dan diwartakan atau belum.

“Semalam menteri kata batal. Kalau belum (diperkenan Agong dan diwartakan) cakap belum. Jangan nak dolak dalik,” tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Anwar berkata jika keabsahan penarikan balik ordinan darurat itu tidak dijawab segera, ia akan menyumbang kepada rakyat hilang kepercayaan sama sekali terhadap kepimpinan negara.

Bagaimanapun, Takiyuddin enggan memberi jawapan langsung yang dituntut Anwar dan Ahli Parlimen pembangkang lain, sebaliknya, berkata penerangan penuh akan diberikan Isnin.

“Saya nak menarik perhatian YB dan Dewan Rakyat bahawa semalam Speaker telah membuat satu ketetapan. Dia sebut menteri undang-undang beri penjelasan pada Isnin.

“Saya meminta, dengan rendah diri, untuk berlaku adil dengan keputusan dibuat Speaker untuk diberi peluang untuk menjelaskan semua perlaksaaan (ordinan darurat) Isnin ini. Ketetapan dibuat Speaker,” kata Takiyuddin pada hari kedua mesyuarat khas Dewan Rakyat. -{Free Malaysia Today]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.