Perjuangan Kini Seolah-olah Melawan Kuasa Ghaib – Ku Li

Suasana yang merumitkan hari ini telah menyebabkan rakyat negara hilang sikap optimis terhadap keadaan semasa, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Melalui sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Tengku Razaleigh merujuk kepada suasana dan keadaan yang tidak menentu akibat musibah dan krisis yang melanda negara, dan menyebabkan rakyat kehilangan pendapatan.

Sila baca: Keadaan Negara Di Masa Kini – Kenyataan Akhbar Tengku Razaleigh

Menurutnya, rakyat Malaysia kini berada di dalam keadaan serba salah, dan persoalan yang timbul adalah apakah negara ini dapat meneruskan kedudukannya seperti ketika dahulu.

“Kepimpinan negara masa kini amat penting kesannya terhadap cara hidup rakyat. Sesungguhnya kita berada di dalam keadaan serba salah. Persoalan yang timbul adalah apakah negara ini dapat meneruskan kedudukannya sepertimana keadaan terdahulu. Kepimpinan seperti yang terdapat di masa lampau kini tidak relevan lagi.”

Tengku Razaleigh turut menekankan bahawa hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini, dan dahulu rakyat masih bersikap optimis.

Walau bagaimanapun, keadaan kini adalah berbeza, dan Perlembagaan dan institusi-institusi negara tidak terbentuk untuk menghadapi keadaan sebegini.

“Keadaan sebegini tidak pernah berlaku di masa-masa lampau. Pada masa dahulu keadaannya tidak serumit kini dan orang ramai lebih optimis. Kini mereka tidak lagi begitu.

“Perlembagaan dan institusi-institusi negara tidak terbentuk untuk meghadapi keadaan yang sedang melanda kita. Sama ada institusi-institusi kenegaraan kita dapat menangani keadaan ini adalah suatu keraguan oleh kerana mutu kepimpinan pada masa kini menjadi tanda tanya.”

Beliau menyifatkan keadaan ini bagaikan satu perjuangan melawan kuasa ghaib, kerana musuh yang dianggap tidak kelihatan dan ia menimbulkan kebimbangan.

“Yang dianggap musuh tidak kelihatan dan ini menimbulkan kebimbangan. Ia mampu bertindak lebih bijak dan ini seolah-olah perjuangan melawan kuasa ghaib. Keadaan biasa tidak lagi wujud.”

Sila baca kenyataan penuh di sini: Keadaan Negara Di Masa Kini – Kenyataan Akhbar Tengku Razaleigh

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.