Titah Perutusan Sultan Selangor Sempena Hari Keputeraan Agong 2021

Waba’dah ehwal dengan ingatan tulus ikhlas dan rasa kesyukuran Paduka Kekanda dan Paduka Kekanda Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tanggal 7 Jun 2021.

Paduka Kekanda mendoakan semoga Seri Paduka Adinda dilanjutkan usia, sihat wala’afiat dan sentiasa berada di dalam pemeliharaan Allah Subhanahu Wata’ala.

Paduka Kekanda berharap agar Seri Paduka Adinda dapat terus memerintah negara Malaysia ini dengan adil lagi bijaksana berdasarkan Perlembagaan Negara.

Melihat kepada situasi semasa ketika ini, Paduka Kekanda juga berharap Seri Paduka Adinda sentiasa bersabar dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, berlandaskan agama Islam seperti firman-firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Al-Quran :-

“Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.” ~ (Surah As-Sajdah : ayat 24)

“Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam(nya)” ~ (Surah Qaaf : ayat 39)

Semoga Seri Paduka Adinda terus bersemayam di atas Singgahsana Takhta Kerajaan Malaysia dengan beroleh kemuliaan dan kesejahteraannya.

Wabilahi Taufiq Walhidayah Wassalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

“PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM”
“BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN NEGARA”

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Sultan Selangor
Istana Alam Shah
6 Jun 2021

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.