Mufti Gusar Atas Keputusan Kes Kalimah Allah, Seru Umat Islam Bermunajat

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah menyatakan perasaan dukacita beliau atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, solat, Baitullah dan Kaabah oleh orang Kristian.

Kata Datuk Luqman, keputusan tersebut dikhuatiri boleh mewujudkan isu ketegangan antara agama, walaupun hanya bagi tujuan pendidikan para penganut agama Kristian.

“Jika tidak mampu selesai dengan cara lebih harmoni, dibimbangi ia bakal cetus ketegangan antara agama dan kaum negara ini.

“Perlu diingatkan bahawa sebarang hal yang menyentuh perihal agama secara tidak langsung akan berkait dengan nilai sensitiviti dan perkara ini mestilah dijaga cukup baik.”

Datuk Luqman berkata hal ini bukan sahaja menyebabkan umat Islam Malaysia marah, malah juga menjatuhkan imej kerajaan Perikatan Nasional kerana dikatakan tidak serius dalam isu ini.

Pada masa sama ujarnya, umat Islam di Malaysia diseru supaya kekal teguh mendaulatkan agama Islam seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Di kesempatan ini, saya dengan rendah diri ingin mengajak saudara-saudara sekalian, marilah kita terus kekal bersatu berdasarkan kerangka aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah.

“Biarpun pahit untuk ditelan, namun kita tetap percaya bahawa ujian ini di sebaliknya telah mengajar kita untuk lebih mencintai dan mendekati Allah SWT.

“Dengan itu, marilah kita memelihara ibadah-ibadah seperti kewajipan solat fardu lima waktu, memperbanyakkan zikir munajat, sentiasa berdoa memohon pertolongan kepadaNya, mencontohi akhlak terpuji Rasulullah SAW.”

Diari Remaja @ Utusan Malaysia: Bangga Lakar Sejarah

Alhamdulillah, tulisan saya hari ini bertajuk “Bangga Lakar Sejarah” telah diterbit di Utusan Malaysia.

Tulisan saya ini boleh dibaca di Utusan Malaysia hari ini pada muka surat ke-16, serta di Utusan Digital melalui pautan di bawah: