Agong Dipertanggungjawabkan Untuk Memanggil Parlimen Bersidang

Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara dipertanggungjawabkan untuk memanggil Parlimen bersidang, dan jika Parlimen tidak bersidang selama 6 bulan tanpa justifikasi sah, maka ia menyalahi undang-undang negara.

Hal tersebut diterangkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah melalui sebuah kenyataan di dalam bahasa Inggeris yang dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, jika satu keputusan untuk memprorog Parlimen tidak mempunyai apa-apa justifikasi sah, maka hal tersebut akan menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, dan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri sebagai individu yang telah mengangkat sumpah jawatan di bawah Perlembagaan Persekutuan, hendaklah memastikan perkara ini tidak berlaku.

Adalah penting untuk kita mengingati bahawasanya Perlembagaan Malaysia tidak mengambil kira status mana-mana individu, dan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri adalah terikat dengan sumpah jawatan berperlembagaan mereka untuk menegakkan Perlembagaan. Tiada hak prerogatif diberi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi.

Tambah beliau, Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi tidak boleh diabaikan dan segala keputusan dan pertimbangan kerajaan hendaklah merujuk semula kepada Perlembagaan Persekutuan, terutamanya dalam hal berkaitan Parlimen sebagai jantung Perlembagaan.

Kedaulatan undang-undang dan kebertanggungjawapan dalam penguatkuasaan Perlembagaan tidak boleh dikompromi dalam apa-apa pertimbangan luar Perlembagaan. Parlimen merupakan jantung kepada Perlembagaan, dan tanpa Parlimen yang berfungsi, Perlembagaan juga tidak boleh berfungsi.

Tengku Razaleigh turut mengingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai tugas berperlembagaan seperti yang dilafazkan dalam sumpah jawatan Baginda, dan hal tersebut hendaklah sentiasa diingati.

Dalam mempertimbangkan apa-apa justifikasi bagi pemprorogan Parlimen, Yang di-Pertuan Agong hendaklah berwaspada akan tanggungjawab terhadap negara. Perkara 55 Perlembagaan telah menerangkan dengan jelasnya tentang tugas berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong. Perkara itu bukanlah satu fungsi; perkara itu adalah satu tugas berperlembagaan, dan tugas tersebut tidak boleh dikompromi.

Baca kenyataan penuh di bawah:

TUGAS BERPERLEMBAGAAN AGONG UNTUK MEMANGGIL PARLIMEN BERSIDANG DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Adalah penting untuk kita mengingati bahawasanya Perlembagaan Malaysia tidak mengambil kira status mana-mana individu, dan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri adalah terikat dengan sumpah jawatan berperlembagaan mereka untuk menegakkan Perlembagaan. Tiada hak prerogatif diberi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi.

Peguam-peguam yang membicarakan perihal hak prerogatif dari segi sistem berperlembagaan di Malaysia masih tidak memahami bahawa Malaysia terikat di bawah Perlembagaan, dan tiada hak prerogatif, sama ada dari segi sejarah mahupun Perlembagaan, wujud.

Kedaulatan undang-undang dan kebertanggungjawapan dalam penguatkuasaan Perlembagaan tidak boleh dikompromi dalam apa-apa pertimbangan luar Perlembagaan. Parlimen merupakan jantung kepada Perlembagaan, dan tanpa Parlimen yang berfungsi, Perlembagaan juga tidak boleh berfungsi.

Telah menjadi sebahagian daripada undang-undang berperlembagaan bahawa jika keputusan untuk memprorog Parlimen adalah tanpa justifikasi, maka hal tersebut adalah bercanggan dengan undang-undang. Jika pemprorogan tersebut mengakibatkan kebolehupayaan Parlimen untuk melaksanakan fungsi berperlembagaannya terganggu atau tersekat, maka hal itu tidak berperlembagaan.

Dalam mempertimbangkan apa-apa justifikasi bagi pemprorogan Parlimen, Yang di-Pertuan Agong hendaklah sensitif akan tanggungjawab terhadap negara. Perkara 55 Perlembagaan telah menerangkan dengan jelasnya tentang tugas berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong. Perkara itu bukanlah satu fungsi; perkara itu adalah satu tugas berperlembagaan, dan tugas tersebut tidak boleh dikompromi.

Perlembagaan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah tidak membenarkan satu kerumpangan dalam persidangan Parlimen selama lebih 6 bulan. Apa yang saya telah sebut mengenai pemprorogan Parlimen tanpa sebarang justifikasi telah dibuktikan melalui satu keputusan Mahkamah Tertinggi United Kingdom.

Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang

4hb Mac, 2021
20hb Rejab 1442

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.