Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan, mendesak Majlis Tertinggi UMNO untuk mengadakan satu Mesyuarat Tergempar dalam masa terdekat.
Hal ini bagi membincangkan desakan 147 Bahagian UMNO yang mahukan UMNO memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang berkata mesyuarat tersebut hendaklah diadakan sebelum Parlimen dipanggil bersidang dalam bulan Mac ini.
Kenyataan penuh Tengku Razaleigh adalah seperti berikut:
Majlis Tertinggi mesti mengadakan Mesyuarat Tergempar memutuskan supaya kesemua ahli-ahlinya wajib memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengikut semangat dan kehendak Perwakilan 147 Bahagian UMNO, dan wajib mengundi menolak pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan ketua Kerajaan Perikatan Nasional dan meminta Ahli-ahli Parlimen daripada semua parti-parti Komponen Barisan Nasional turut sama mengundi menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sebelum Parlimen dipanggil bersidang dalam bulan Mac ini (March 2021).
Tengku Razaleigh Hamzah
03 Mac 2021