Agong Boleh Panggil Sidang Parlimen Tanpa Nasihat PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa untuk memanggil sidang Parlimen tanpa memerlukan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diperjelaskan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu kenyataan olehnya hari ini.

Beliau menyambut baik ketegasan dibuat melalui kenyataan dikeluarkan Istana Negara bahawa Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat berkuat kuasa.

“Sudah tentu rakyat gembira dengan kenyataan ini.

“Sebenarnya memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada Perdana Menteri apatah lagi dalam keadaan darurat yang telah diisytiharkan.

“Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah dengan menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara tersebut termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.


KENYATAAN AKHBAR

Kita semua menyambut baik ketegasan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana negara bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa. Sudah tentu rakyat bergembira dengan kenyataan ini.

Sebenarnya memang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bersidang tanpa mendapat nasihat daripada Perdana Menteri apatah lagi di dalam keadaan darurat yang telah diisytiharkan.

Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.


Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang

24hb Februari, 2021
12hb Rejab, 1442.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.