Ramai yang berpendapat bahawa jika Belanjawan 2021 gagal diluluskan, kerusi Perdana Menteri sah akan menjadi milik Anwar Ibrahim.
Namun penganalisis politik dan bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Azmi Hassan mempunyai pandangan yang berbeza.
Sila baca: Belanjawan 2021: Realiti Nombor & Sokongan
Walaupun jika belanjawan ditolak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, ini tidak bermakna secara automatik Anwar telah mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan baru.
Katanya, sukar untuk Anwar menubuhkan kerajaan baru, walaupun jika belanjawan ditolak dan Muhyiddin meletak jawatan.
Free Malaysia Today – Penganalisis ramal Najib, Anwar pemenang besar jika belanjawan ditolak
Sila baca: Ku Li: Antara Sumpah Jawatan MP & Perbahasan Belanjawan
Untuk menubuhkan kerajaan, Anwar mesti membuktikan beliau mempunyai ‘nombor yang mencukupi’.
UMNO tidak mungkin akan bekerjasama dengan DAP, malah ramai pemimpin dan ahli UMNO yang turut menolak PKR.
Sila baca: Mungkinkah UMNO Berkongsi Kuasa Dengan DAP? Ini Pendapat Ku Li
Justeru, jika kerajaan PN jatuh sekalipun, kemungkinan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri masih samar.
Natijahnya, perkara pokok adalah, Anwar perlukan ‘nombor yang mencukupi’ untuk membolehkannya dilantik sebagai Perdana Menteri.
“UMNO dan DAP perlu bekerjasama, itu mustahil berlaku.
“Malah, sukar untuk mana-mana ahli Parlimen membukti beliau mempunyai sokongan majoriti.
“Ini sebabnya kenapa ia mungkin berlaku walaupun jika kerajaan tumbang, Muhyiddin masih akan dilantik sebagai PM sementara sehingga pilihan raya boleh diadakan.”
Azmi Hassan – Penganalisis ramal Najib, Anwar pemenang besar jika belanjawan ditolak – Free Malaysia Today
Reblogged this on Karim’s Blog.
LikeLike