Keluar Pejuang: Ke Manakah Maszlee Selepas Ini?

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik, hari ini mengumumkan keluar dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan bekas pengerusi PBBM Dr Mahathir Mohamad.

Maszlee berkata beliau berundur sebagai penaja penubuhan parti itu setelah “yakin rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elit.”

Dalam satu kenyataan, bekas menteri pendidikan itu menzahirkan tekad untuk memberi fokus kepada membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19, khususnya di Simpang Renggam.

Keputusan Mazlee itu bemakna Pejuang kini hanya mempunyai 4 ahli parlimen, termasuk Dr Mahathir sendiri. Parti itu masih belum memperolehi kelulusan berdaftar daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Maszlee sebelum ini bersama Mahathir dalam PPBM dan dilantik sebagai Menteri Pendidikan susulan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke 13.

Berikutan beberapa kontrovesi mengenai hala tuju pendidikan negara ketika itu, Mahathir meminta Maszlee meletak jawatannya dalam Kabinet Januari lalu.

Namun, Maszlee terus bersama bekas perdana menteri itu yang menubuhkan Pejuang susulan kemelut politik yang menyaksikan perubahan pucuk pimpinan negara Mei lalu. -{Free Malaysia Today]

Polis Sahkan Lokman Adam Ditahan Semalam

Polis mengesahkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ditahan di sini semalam.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu memaklumkan Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed akan memberi kenyataan berhubung perkara itu.

“Pengarah JSJ akan mengeluarkan kenyataan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Difahamkan, Lokman ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam.

Beliau turut membuat hantaran di Facebook meminta bantuan peguam.

“Mohon hantar peguam ke JSJT (Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman. Saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

%d bloggers like this: