Darurat Kesihatan: Tiada Perutusan Langsung PM Malam Ini (23 Okt)

Media diberitahu bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan membuat sebarang pengumuman secara langsung pada malam ini.

Ia selepas dia mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pengisytiharan “darurat”.

Sila baca: Muhyiddin Tinggalkan Istana, Selesai Mengadap Agong

Bagaimanapun tidak jelas sama ada perdana menteri akan mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara itu malam ini.

Malaysiakini difahamkan pihak Istana juga dijangka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan malam ini.

Terdahulu, Kabinet dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Muhyiddn hari ini dilaporkan setuju dengan pelaksanaan “darurat” atas dasar menangani penularan Covid-19.

Sila baca: Kabinet Setuju Darurat

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Bagaimanapun, The Malaysian Insight memetik sumber berkata perintah itu perlu dipakejkan semula agar tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

Di sebelah petang, Muhyiddin ke Istana Abdulaziz di Kuantan bagi mengadap Sultan Abdullah, dipercayai berkenaan perkara itu.

Berita “darurat” itu mengundang bantahan pembangkang, antaranya oleh bekas menteri kesihatan Dr Duzlkefly Ahmad yang berkata usaha mengekang Covid-19 tidak memerlukan darurat.

Presiden PKR Anwar Ibrahim pula mengadaikan menyifatkan ia memungkinkan negara ke arah kediktatoran, dan kerajaan mahu menjadikan wabak itu sebagai alasan menyekat proses Parlimen. -{Malaysiakini]

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Columnist at Utusan Malaysia. RCE Youth Coordinator at RCE Greater Gombak. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

2 thoughts on “Darurat Kesihatan: Tiada Perutusan Langsung PM Malam Ini (23 Okt)”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.