Baca laporan terkini: Istana Negara: Dakwaan Anwar Tidak Kukuh, Senarai Nama Tidak Dikemukakan
Anwar Ibrahim baru sahaja meninggalkan pekarangan Istana Negara sebentar tadi, namun beliau tidak memberi apa-apa komen ketika ditanya oleh wartawan yang menunggu di luar.
Pihak polis turut meminta para petugas media beredar segera, setelah Ahli Parlimen Port Dickson tersebut keluar dari pintu pagar Istana jam 11.28 pagi tadi.
Sila baca: Akan Berakhirkah Penantian Anwar Ibrahim?
Terdahulu, Anwar telah ke Istana pada jam 10.25 pagi tadi, selepas mengumumkan bahawa beliau mendapati sokongan majoriti Ahli Parlimen dan boleh menubuhkan satu kerajaan baharu.
Sila baca: Ku Li Dijangka Mengadap Agong Petang Ini: Akhbar
Namun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, agenda pertemuan itu bukan untuk mempersembahkan jumlah sokongan yang diterima ahli parlimen itu.
“Pertemuan itu adalah sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong oleh Anwar yang mendakwa dirinya Ketua Pembangkang yang tertangguh sebelum ini. Beliau yang memohon menghadap baginda.
“Tiada kena mengena dengan mempersembahkan sokongan Ahli Parlimen, tetapi jika beliau ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan.”
Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin – Kosmo! Online
Terdahulu, Anwar Ibrahim telah dipanggil oleh polis atas laporan mengenai dakwaan beliau yang mengatakan bahawa beliau telah mempunyai sokongan 121 Ahli Dewan Rakyat.
Sila baca: Polis Panggil Anwar Atas Senarai Didakwa Sokongan 121 Ahli Parlimen
Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan telah menafikan bahawa mereka menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.
Semuanya ni kerja orang giler nak jadi PM9 membuat semua orang jadi kelam-kabut dibuatnya pada musim Covid-19 ni yg masih mengganas menyerang negara.
LikeLike
Reblogged this on Karim’s Blog.
LikeLike