Apakah esok akan melakarkan satu lagi titik baharu dalam sejarah politik negara?
Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong esok, dikatakan untuk mempersembahkan perihal dakwaan beliau telah mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat.
Pengumunan ini disambut gembira oleh penyokong beliau yang lebih 2 dekat menunggu Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri.
Namun ramai juga yang mempertikaikan dakwaan beliau, malah telah banyak penafian yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen yang dikatakan telah berpaling tadah dan menyokong kepimpinan Anwar.
Jadi, apakah benar Anwar telah mendapat sokongan majoriti atau ini hanyalah satu lagi episod politik angka untuk memancing sokongan mereka yang sanggup melompat parti?
Saya melihat terdapat tiga kemungkinan utama:
- Anwar Ibrahim dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat dan dapat menubuhkan kerajaan baharu.
- Anwar dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan Ahli Dewan Rakyat tetapi Tan Sri Muhyiddin mencadangkan parlimen dibubarkan
- Anwar tidak dapat membuktikan apa-apa, maka tiada apa-apa yang berlaku.
Namun harus diingat, walaupun Anwar dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat dan dapat menubuhkan kerajaan baharu, ini tidak bermakna bahawa beliau yang mesti dilantik menjadi Perdana Menteri.
Rakyat harus sedar bahawa Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri menurut budi bicara baginda.
Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
Perlembagaan Persekutuan
(a) melantik seorang Perdana Menteri;Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan
Walau apapun, yang pasti esok akan menjadi hari yang sibuk kepada para wartawan.
5 thoughts on “Akan Berakhirkah Penantian Anwar Ibrahim?”