(Video) 101 Projek Runding Terus Bernilai RM6.61 Bilion Dilulus K’jaan PH – Menteri

Parlimen kecoh apabila Menteri Kewangan Dato’ Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan bahawa sepanjang 22 bulan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebanyak 101 projek runding terus bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan.

Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Dato’ Seri Azmin Ali, yang juga menteri kerajaan PH ketika itu, bangun dan memaklumkan kepada dewan bahawa projek-projek bernilai RM6.61 bilion itu tidak pernah dibincang dalam Mesyuarat Kabinet.

Syed Saddiq Bakal Tubuh Parti Baharu

Ketiadaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Parti Pejuang kini terjawab.

Rupa-rupanya bekas Menteri Belia dan Sukan itu mahu menubuhkan satu lagi parti politik baharu yang berteraskan golongan belia dan ahli terdiri daripada semua kaum.

“Jika di Thailand mereka boleh menubuhkan ‘Future Forward’, di Perancis mereka boleh menubuhkan ‘En Marche’ di bawah Macron, saya rasa sudah sampai masanya di Malaysia untuk menubuhkan gerakan terdiri daripada orang muda.

“Daripada teknokrat, profesional, ahli politik muda pelbagai latar belakang untuk bersatu bagi memastikan suara belia mendominasi Parlimen dan di luar Parlimen, akhirnya belia tidak boleh dipandang enteng lagi.

“Sudah sampai masanya untuk politik tidak dikawal dan dimonopoli orang sama,” katanya kepada Channel NewsAsia ketika berkempen untuk calon Pejuang bagi Pilihan Raya Kecil Slim semalam.

Sila baca: Banyaknya, Duit Siapa Tu Syed Saddiq?

Sebelum itu, bekas Penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihati Syed Saddiq supaya mengetuai sayap pemuda dalam Pejuang dan bersama-sama Mahathir. -{MalaysiaGazette]

%d bloggers like this: