Menarik di Parlimen: Ahmad Maslan Gesa Pertahan Tanah Simpanan Melayu

Dua tajuk perbahasan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat ketika perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini telah menarik minat saya.

Pertama tentang tanah simpanan Melayu di mana Ahmad Maslan meminta kerajaan secara tegas mempertahankan peratusan tanah simpanan Melayu, serta kerajaan harus menggantikan tanah simpanan Melayu yang telah diambil dengan dengan tanah lain yang mempunyai nilai yang tinggi atau sepadan, dan bukannya tanah yang nilainya lebih rendah daripada tanah yang diambil.

Sudah sampai masanya kerajaan mengambil langkah yang lebih serius akan perkara ini kerana ianya amat penting dalam menjamin kestabilan negara. Untuk rekod, tanah simpanan Melayu diperuntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kita telah kehilangan terlalu banyak tanah simpanan Melayu di kawasan bandar dan kawasan-kawasan strategik yang lain sehingga ramai dalam kalangan orang Melayu tidak lagi mampu untuk memiliki tanah di kawasan bandar.

Sudah tentu kita tidak mahu orang Melayu semakin lama, semakin ‘terusir’ daripada bandar, atau hanya sekadar mampu menyewa akibat harga hartanah kawasan bandar yang terlalu tinggi daripada jangkauan kemampuan kita.

Remaja seperti saya cuma sempat melihat Kampung Baru sebagai harta orang Melayu di tengah-tengah kota raya dan bagi saya ianya mesti dipertahankan agar harta orang Melayu itu tidak tergadai. Kita tidak mahu ianya menjadi ibarat, menang sorak kampung tergadai.

Ahmad Maslan juga menggesa diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kes Tabung Haji, khasnya berkenaan kelulusan pengecualian hak penolakan pertama (First Right of Refusal) bagi 18 aset hartanah Tabung Haji yang telah dipindahkan ke syarikat Urusharta Jemaah Sdn Bhd oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa .

%d bloggers like this: