Yang Dipertua SA Vigneswaran yang tamat tempoh sebagai speaker Dewan Negara hari ini menyeru kerajaan pusat agar menarik balik pindaan kontroversial pada tahun 1993 berkaitan kuasa raja-raja Melayu.
Dalam ucapan amanat di Bangunan Parlimen hari ini, Vigneswaran yang merupakan speaker Dewan Negara yang ke-14 berkata pindaan kontroversial itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya sebagai Yang di-Pertua yang bersara untuk menyeru kepada kerajaan agar menarik balik pindaan kontroversial 1993 yang hangat didebatkan sehingga kini.
“Pada pendapat saya, (pindaan) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di mana pindaan dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja dan telah mengurangkan kuasa Raja Melayu dan kedaulatan institusi diraja harus dikembalikan,” kata Vigneswaran.
Sila baca: Kuasa Eksekutif Agong Yang Kurang Diketahui
Pindaan perlembagaan pada 1993 diluluskan oleh parlimen antaranya untuk menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu, yang membolehkan mereka didakwa di mahkamah jika melanggar undang-undang.
Sementara itu Vigneswaran yang juga presiden MIC berkata, beliau berharap kuasa raja-raja Melayu akah dikembalikan seperti pada zaman kemerdekaan.
Sila baca: Raja Melayu Payung Negara
“Dalam banyak perkara penting, kuasa raja-raja Melayu sangat jelas diperlukan bagi menjamin kestabilan politik dan masa depan masyarakat majmuk di negara ini,” tambahnya lagi. -{Malaysiakini]
Pindaan tersebut dilakukan semasa Tun Mahathir selaku PM4 Masih berkuasa. Tun Ada agenda disebalik semua itu kerana tidak senang dengan TMJ.
LikeLike
Kembali kan kuasa Raja2 agar tidak bercanggah dengan Perlembagaan PERSEKUTUAN, sebelum Malaysia negara kita ialah “PERSEKUTUAN TANAH MELAYU”
Jangan lupa sejarah negara kita.
LikeLike
Benar. Malah maksud nama “Malaysia” itu juga sebenarnya “Tanah Orang Melayu” di dalam bahasa Yunani/Greek, maka sebenarnya negara kita masih lagi sebuah Persekutuan Tanah Melayu.
LikeLiked by 1 person
Jelas majlis raja2 kta tidak gilakan kuasa..malah memberi peluang kpd pemimpin2 pilihan rkyt..tp pemimpin2 bkn saja gagal malah rakus dgn kuasa hingga rkyt bgai dihujung tanduk.!!?ckplah kami xsanggup.!!
LikeLike
Walaupun Raja-raja Melayu diletakkan sebagai ketua-ketua tertinggi negara, namun Baginda sering dilihat hanya sebagai simbol sahaja, dan politik dilihat mengatasi Raja-raja walaupun ia sebenarnya sebaliknya. Semoga rakyat makin sedar akan perkara ini.
LikeLiked by 1 person
Setuju..ahli politik kita sekarang dh mrlampau..elok raja ada kuasa pantau n tegur depa ni..
LikeLike
Semoga Allah S.W.T. sentiasa memelihara Raja-raja Melayu, aamiin…
LikeLike
Kembalikan kuasa kepada Raja2 Melayu.
Pendapat drpd Panglima Squad Elit Malaysia ATM
LikeLike
TER BAIK….
LikeLike
Semoga ianya menjadi kenyataan, aamiin…
LikeLike
Saya setuju . Kerajaan Malaysia harus mengembalikan kekebalan raja2 melayu. Kerana saya melihat agenda melucutkan sistem kekebalan raja2 melayu ini lebih bersikap peribadi untuk PM pada masa itu. Percaya atau tidak kita semua perlu akui bahawa hakikatnya rakyat ditipu oleh PM dengan memburukkan institusi raja2 melayu . Padahal mereka mempunyai agenda tersendiri , kalau berlaku skandal rasuah ke atau jenayah yg dilakukan oleh mereka sudah tentu dapat ditutup kerana mereka memegang kuasa itu, ,lihatlah skandal forex, bakun, pkfz, dan mungkin ada banyak lagi yg tidak kita ketahui sampai sekarang , Sudah tiba masanya untuk memulangkan kuasa kekebalan raja2 melayu ,
LikeLike
Banyak tuduhan dilontar kepada Baginda Raja-raja Melayu, termasuklah kes-kes seperti Prebet Adam, yang jelas merupakan fitnah terhadap Almarhum Tuanku Sultan Iskandar semata-mata. Semoga Allah S.W.T. memberi balasan yang setimpal kepada mereka yang derhaka kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu selama ini.
LikeLiked by 1 person