ڤڠالمن صلاة جمعة سماس ڤرينته کاولن ڤرݢرقن

Baca versi Rumi di sini.

الحمدلله⹁ هاري اين ساي دبري کسمڤتن اونتوق منونايکن صلاة جمعة دمسجد⹁ سلڤس تيݢ بولن تيدق داڤت کمسجد دان سوراو کران ڤرينته کاولن ڤرݢرقن.

دوا هاري لڤس ساي تله منريما جمڤوتن اونتوق حاضر دصلاة جمعة باݢي تاريخ 19 هاريبولن جون 2020.

سوکر اونتوق ساي ݢمبرکن ڤراساءن ساي کتيک ممباچ جمڤوتن ايت⁏ ساي ترکجوت⹁ ترهارو⹁ ݢمبيرا دان برشکور منداڤت ڤلواڠ کأمسن ترسبوت.

اوليه کران مسجد برکناءن ترلتق دنݢري سلاڠور⹁ مک سݢالا ايس او ڤي صلاة جمعة اداله دباوه بيدڠ کواس جابتن اݢام اسلام سلاڠور ﴿جاءيس﴾⹁ برداسرکن تيته سلطان سلاڠور⹁ سلطان شريف الدين إدريس شاه الهاج.

الحمدلله⹁ ڤڠوروسنڽ اداله امت باءيق سکالي. ساي کسان سجام لبيه اول درڤد ماس مسجد دبوک⁏ مريک دڠن تݢس مماتوهي ايس او ڤي دان هاڽ ممبوک ڤاݢر ڤد وقتو يڠ دتتڤکن سڤرتي دالم جمڤوتن يڠ دهانتر. ببراڤ اورڠ اڠݢوتا ڤوليس دان ڤݢاواي جاءيس تله دتوݢسکن اونتوق ممستيکن سݢالا اوروسن برجالن دڠن لنچر.

ڤݢاواي جاءيس⹁ اڠݢوتا ڤوليس دان ڤتوݢس مسجد ملاين ساي دڠن امت باءيق سکالي سمبيل منچادڠکن ساي اونتوق کساتو تمڤت يڠ تدوه سمنتارا منوڠݢو ڤاݢر دبوک. سمنتارا ايت⹁ سأورڠ ڤݢاواي جاءيس داتڠ اونتوق منجلسکن تنتڠ ايس او ڤي يڠ ڤرلو دڤاتوهي کتيک ماسوق کدالم کاوسن مسجد.

مريک امت تݢس دالم مماتوهي ڤراتورن⹁ جماعه يڠ داتڠ تنڤا کاد جمڤوتن تيدق دبنرکن ماسوق والاوڤون اد يڠ داتڠ دري جاوه باݢي ممستيکن کأداءن اداله سلامت دان ترکاول.

منوروت ڤݢاواي يڠ برتوݢس⹁ سبلوم جمڤوتن دکلوارکن⹁ معلومت جماعه اکن دڤريقسا باݢي ممستيکن مريک برادا دالم ليڠکوڠن عمور يڠ دبنرکن سبلوم اياڽ دهانتر کڤد ڤيهق ڤوليس اونتوق ڤنيلاين لنجوت باݢي ممستيکن کسلامتن جماعه.

اوليه کران ساي ڤاليڠ اول تيبا دمسجد⹁ ساي اداله اورڠ يڠ ڤرتام يڠ دبنرکن ماسوق. ساي دبريکن ڤاس ماسوق دان دباوا کدالم اوليه سأورڠ اڠݢوتا ڤوليس سبلوم دسمبوت اوليه ڤڠوروس مسجد يڠ ملاکوکن ڤمريقساءن سوهو بادن سبلوم ساي ماسوق کدالم ديوان صلاة ستله مڠݢونا ڤنسانيتاسي تاڠن.

اوليه کران مسجد دبوک 45 مينيت لبيه اول درڤد وقتو صلاة⹁ مک ساي برڤلواڠ منونايکن صلاة سنة سرتا ممباچ القرءان⹁ سبلوم ماسوق وقتو ظهر.

اوساي صلاة جمعة⹁ ڤارا جماعه برسوراي سچارا برڤريڠکت سمبيل دسليا اوليه سأورڠ ڤݢاواي ڤوليس باݢي ممستيکن بهاوا ڤنجاراکن سوسيال دجاݢ.

کلوار درڤد ديوان صلاة⹁ سأورڠ ڤتوݢس ممبنتو ساي منسانيتاسي تاڠن سلڤس ساي مڽراهکن سمولا ڤاس ماسوق.

ساي امت کاݢوم مليهت ديديکاسي دان کچکڤن ڤيهق ڤڠوروسن مسجد⹁ ڤوليس سرتا جاءيس يڠ بروسها کراس دالم سيتواسي مڠهادڤي سواسان کبياساءن بهارو اين.

تريما کاسيه دان شباس کڤد سموا يڠ برتوݢس! والاوڤون مريک برسيکڤ تݢس دالم ممستيکن سݢالا ايس او ڤي ترجاݢ⹁ نامون مريک امت برسوڤن دان بربودي بهاس دالم مڽانتوني ڤارا جماعه.

Pengalaman Solat Jumaat Semasa PKPP

Baca versi Jawi di sini.

Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid, selepas tiga bulan tidak dapat ke masjid dan surau kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

Dua hari lepas saya telah menerima jemputan untuk hadir di solat Jumaat bagi tarikh 19hb Jun 2020.

Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika membaca jemputan itu; saya terkejut, terharu, gembira dan bersyukur mendapat peluang keemasan tersebut.

Oleh kerana masjid berkenaan terletak di negeri Selangor, maka segala SOP solat Jumaat adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor, berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Alhamdulillah, pengurusannya adalah amat baik sekali. Saya ke sana sejam lebih awal daripada masa masjid dibuka; mereka dengan tegas mematuhi SOP dan hanya membuka pagar pada waktu yang ditetapkan seperti dalam jemputan yang dihantar. Beberapa orang anggota polis dan pegawai JAIS telah ditugaskan untuk memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.

Pegawai JAIS, anggota polis dan petugas masjid melayan saya dengan amat baik sekali sambil mencadangkan saya untuk ke satu tempat yang teduh sementara menunggu pagar dibuka. Sementara itu, seorang pegawai JAIS datang untuk menjelaskan tentang SOP yang perlu dipatuhi ketika masuk ke dalam kawasan masjid.

Mereka amat tegas dalam mematuhi peraturan, jemaah yang datang tanpa kad jemputan tidak dibenarkan masuk walaupun ada yang datang dari jauh bagi memastikan keadaan adalah selamat dan terkawal.

Menurut pegawai yang bertugas, sebelum jemputan dikeluarkan, maklumat jemaah akan diperiksa bagi memastikan mereka berada dalam lingkungan umur yang dibenarkan sebelum ianya dihantar kepada pihak polis untuk penilaian lanjut bagi memastikan keselamatan jemaah.

Oleh kerana saya paling awal tiba di masjid, saya adalah orang yang pertama yang dibenarkan masuk. Saya diberikan pas masuk dan dibawa ke dalam oleh seorang anggota polis sebelum disambut oleh Pengurus Masjid yang melakukan pemeriksaan suhu badan sebelum saya masuk ke dalam dewan solat setelah mengguna pensanitasi tangan.

Oleh kerana masjid dibuka 45 minit lebih awal daripada waktu solat, maka saya berpeluang menunaikan solat sunat serta membaca Al-Quran, sebelum masuk waktu Zohor.

Usai solat Jumaat, para jemaah bersurai secara berperingkat sambil diselia oleh seorang pegawai polis bagi memastikan bahawa penjarakan sosial dijaga.

Keluar daripada dewan solat, seorang petugas membantu saya mensanitasi tangan selepas saya menyerahkan semula pas masuk.

Saya amat kagum melihat dedikasi dan kecekapan pihak pengurusan masjid, polis serta JAIS yang berusaha keras dalam situasi menghadapi suasana kebiasaan baharu ini.

Terima kasih dan syabas kepada semua yang bertugas! Walaupun mereka bersikap tegas dalam memastikan segala SOP terjaga, namun mereka amat bersopan dan berbudi bahasa dalam menyantuni para jemaah.

Rasmi: PKR Tolak Mahathir Sebagai Calon PM

Pemimpin-pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi.

Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi, selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan anggota parlimen PKR di atas talian pagi ini.

“Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” katanya.

Bagaimanapun, parti itu terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir “demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya”.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke sebelum ini menggesa PKR menyatakan pendirian berhubung tawaran kombinasi Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar sebagai timbalan perdana menteri seperti dibincang dalam mesyuarat PH Plus.

PH Plus merupakan nama yang kini digunakan merujuk gabungan PKR, Amanah DAP dan Mahathir dan penyokongnya, serta Warisan.

Dr Mahathir sebelum ini dikatakan mencadangkan agar beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebagai perdana menteri sebelum menyerahkannya kepada Anwar.Menurut Loke, cadangan itu diterima oleh DAP dan Amanah.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak disenangi oleh PKR yang mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu sebagai tidak konsisten dalam konsensus sebelum ini, yang menetapkan Mahathir perlu menyerahkan jawatannya kepada Anwar selepas dua tahun ketika kerajaan PH mengambil alih pentadbiran pada 2018.

Kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan, selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar PH, selain bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya yang turut mengambil langkah sama.

Sementara itu, PKR juga memberitahu bahawa parti itu terus komited bersama dalam gabungan PH.

“PKR komited untuk terus mengukuhkan PH, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya dalam masa terdekat.

“Pada masa yang sama PKR akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa,” kata kenyataan itu lagi. -{Malaysiakini]

Kenyataan Media Gabungan 115 Ilmuwan Ph.D IPT Malaysia

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN 115 ILMUWAN PHD IPT MALAYSIA

Menyedari realiti semasa di Malaysia masa kini, kami 115 ilmuwan PhD dari semua 21 universiti awam (IPTA), 4 universiti dan kolej universiti swasta (IPTS) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di negara ini bersatu hati untuk membuat seruan-seruan berikut:

(1) Menyeru supaya semua golongan rakyat memberi penghormatan dan sokongan penuh kepada kerajaan semasa yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menterinya untuk mengemudi negara sehingga dikembalikan mandat untuk PRU 15 mengikut peruntukan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

(2) Menyeru supaya semua pihak akur kepada sistem politik Malaysia yang berteraskan kedaulatan Raja-Raja, keluhuran perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta menghentikan sebarang propaganda dan usaha yang boleh menggugat kestabilan politik demi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara terpelihara.

(3) Menyeru supaya semua pihak mengangkat tinggi nilai-nilai kemanusiaan dan keagamaan, melaksanakan urus tadbir yang baik serta memastikan kontrak sosial dan peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan, khususnya identiti nasional kita yang berlandaskan identiti Melayu-Muslim, dipatuhi pada setiap masa.

(4) Menyeru supaya semua parti politik yang membentuk kerajaan semasa bergabung secara rasmi di dalam wadah Perikatan Nasional yang perlu didaftarkan bagi membolehkan ia berfungsi dengan lebih berkesan di dalam mencari penyelesaian kepada segala permasalahan rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

(5) Menyeru supaya semua parti politik yang membentuk barisan pembangkang bergabung secara rasmi di dalam wadah Pakatan Harapan dan membentuk kabinet bayangannya sendiri bagi membolehkan ia berfungsi dengan lebih berkesan di dalam memainkan peranan semak dan imbang yang sihat dan membina kepada kerajaan semasa.

(6) Menyeru supaya pihak berkuasa mengambil tindakan yang amat tegas bagi menjaga perpaduan dalam kalangan semua rakyat serta bagi memelihara keamanan dan keharmonian negara, termasuk dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan memperkenalkan undang-undang baru bagi menghukum penggugat kestabilan.

115 ilmuwan PhD ini adalah terdiri daripada seramai 2 Profesor Emeritus, 21 Profesor, 37 Profesor Madya dan 55 Pensyarah Kanan.

Senarai nama mereka adalah seperti berikut:

2 PROFESOR EMERITUS

  1. Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo
  2. Prof Emeritus Dato’ Dr Wan Hashim Wan Teh

21 PROFESOR

  1. Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek
  2. Prof Ir Dr Ahmad Razlan Yusoff
  3. Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir
  4. Prof Dr Haim Hilman Abdullah
  5. Prof Ir Dr Hairul Azhar Abdul Rashid
  6. Prof Datuk Dr Izaidin Abdul Majid
  7. Prof Dr Jamil Hashim
  8. Prof Dr Kamaruzzaman Yusof
  9. Prof Dr Mansor Mohd Noor
  10. Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din
  11. Prof Dato Dr Mohd Ismail Abd Aziz
  12. Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
  13. Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
  14. Prof Datuk Dr Rohana Yusof
  15. Prof Dr Sakri Ibrahim
  16. Prof Datuk Dr Sidek Baba
  17. Prof Dr Supyan Hussin
  18. Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong
  19. Prof Dr Zainuddin Hj Awang
  20. Prof Ir Dr Zulfadzli Yusoff
  21. Prof Dato Dr Zulkifli Haji Mohd Yusoff

37 PROFESOR MADYA

  1. Prof Madya Dr Abdul Talib Hashim
  2. Prof Madya Dr Adi Yasran Abdul Aziz
  3. Prof Madya Dr Adlina Ab Halim
  4. Prof Madya Dr Ahmad Sunawari Long
  5. Prof Madya Dr Ahmad Zainudin Husin
  6. Prof Madya Dr Amini Amir Abdullah
  7. Prof Madya Dr Aminurraasyid Yatiban
  8. Prof Madya Dr Azman Ismail
  9. Prof Madya Dr Dayang Maryama Ag Daud
  10. Prof Madya Dr Hamidi Ismail
  11. Prof Madya Dr Jamal Rizal Razali
  12. Prof Madya Dr Mat Zin Mat Kib
  13. Prof. Madya Dr Mohamad Amran Mohd Salleh
  14. Prof Madya Dr Mohamad Faisol Keling
  15. Prof Madya Dr Mohd Afandi Mat Rani
  16. Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh
  17. Prof Madya Dr Mohd Hanif Yaacob
  18. Prof Madya Dr Mohd Mahadee Ismail
  19. Prof Madya Dr Mohd Nazir Md Zabit
  20. Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid
  21. Prof Madya Dr Mohd Zahuri Khairani
  22. Kol Prof Madya Dr Mohd Zaini Salleh (B)
  23. Prof Madya Dr Mohd Zaki Hamzah
  24. Prof Madya Datuk Dr Muhammad Hussin
  25. Prof Madya Dr Muhammad Saiful Haq Hussin
  26. Prof Madya Dr Mus Chairil Samani
  27. Prof Madya Dr Mushaddad Hasbullah
  28. Prof Madya Dr Nazarudin Zainun
  29. Prof Madya Dr Nik Yusri Musa
  30. Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
  31. Prof Madya Dr Rusdi Omar
  32. Prof Madya Dr Saraswathy Chinnasamy @ Sara
  33. Prof Madya Dr Saupi Man
  34. Prof Madya Dr Shukeri Mohamad
  35. Prof Madya Dr Tuan Pah Rokiah Syed Hussain
  36. Prof Madya Dr Uswatun Hasanah Zaidan
  37. Prof Madya Dr Zairul Anuar Md. Dawam

55 PENSYARAH KANAN

  1. Dr Abd. Rahim Romle
  2. Dr Abdul Jalil Ali
  3. Dr Abdul Syukor Mohamad Jaya
  4. Dr Abu Zaki Ismail
  5. Dr Abu Zarrin Hj Selamat
  6. Dr Ahmad Irdha Mokhtar
  7. Dr Aliakbar Gulasan
  8. Dr Arnifa Semawi @ Asmawi
  9. Dr Azizah Husin
  10. Dr Azmi Arifin
  11. Dr Ernie Mat Tokit
  12. Dr Fadzila Abdul Hamid
  13. Dr Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid
  14. Dr Fakhrorazi Ahmad
  15. Dr Ghazali Zainuddin
  16. Dr Hailan Salamun
  17. Dr Hamdan Aziz
  18. Dr Hanif Md Lateh @ Junid
  19. Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah
  20. Dr Kamarul Azman Mohd Khamis
  21. Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff
  22. Dr Khairul Anwar Mohamad Khazali
  23. Ir Dr M Effendy Yaacob
  24. Ar Dr Mansor Surat
  25. Dr Mashitah Mohd Udin
  26. Dr Mohamad Nazri Abdul Halif
  27. Dr Mohd Adnin Hamidi
  28. Dr Mohd Faizal Abdul Khir
  29. Dr Mohd Nor Husin
  30. Dr Mohd Roshdi Hassan
  31. Dr Mohd Syakir Mohd Rosdi
  32. Dr Muhammad Azrul Zabidi
  33. Dr Muhd Sharfi Najib
  34. Dr Muhd Zuhairi Sulaiman
  35. Dr Najahudin Lateh
  36. Dr Nasrul Hadi Johari
  37. Dr Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah
  38. Dr Noor Afiza Mat Razali
  39. Dr Noor Hasrul Nizan Mohammad Noor
  40. Dr Norazli Muhamad Masrup
  41. Dr Nordin Sakke
  42. Dr Norfariza Ab Wahab
  43. Dr Nur Athiroh Masyaa’il Tan Abdullah
  44. Dr Rafidah Hasan
  45. Dr Raja Hisyamudin Raja Sulong
  46. Dr Razali Muda
  47. Dr Rizal Othman
  48. Dr Samsudin Wahab
  49. Dr Syarbaini Ahmad
  50. Dr Syari Jamian
  51. Dr Tenku Putri Norishah Tenku Shariman
  52. Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah
  53. Dr Zahrul Akmal Hj. Damin
  54. Dr Zainuddin Omar
  55. Dr Zuraidah Zan

115 ilmuwan PhD ini adalah terdiri daripada para pensyarah di semua 21 universiti awam (IPTA) seperti berikut:

  1. Universiti Utara Malaysia, Kedah (UUM)
  2. Universiti Putra Malaysia, Selangor (UPM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor (UKM)
  4. Universiti Malaysia Pahang, Pahang (UMP)
  5. Universiti Malaysia Sabah, Sabah (UMS)
  6. Universiti Malaya, KL (UM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor (UIAM)
  8. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (USM)
  9. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak (UPSI)
  10. Universiti Teknologi Mara, Selangor (UITM)
  11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Melaka (UTEM)
  12. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, KL (UPNM)
  13. Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (UNISZA)
  14. Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan (UMK)
  15. Universiti Teknologi Malaysia, Johor (UTM)
  16. Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia, Perak (USAS)
  17. Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu (UMT)
  18. Universiti Malaysia Perlis, Perlis (UNIMAP)
  19. Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan (USIM)
  20. Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak (UNIMAS)
  21. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor (UTHM)

Turut serta adalah ilmuwan PhD daripada 4 universiti dan kolej universiti swasta (IPTS) dan seperti berikut:

  1. Universiti Multimedia, Selangor (MMU)
  2. Universiti Industri Selangor, Selangor (UNISEL)
  3. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Selangor (KUIS)
  4. Kolej Universiti Bestari, Terengganu (UCB)

Turut serta adalah ilmuwan PhD daripada Institut Pendidikan Guru (IPG).

Turut sama memberi sokongan kepada kami adalah 15 ilmuwan PhD yang merupakan pensyarah pesara dari pelbagai universiti seperti berikut:

3 PROFESOR EMERITUS

  1. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Shah Abu Shah (Pesara UITM)
  2. Prof Emeritus Dato’ Dr Isahak Haron (Pesara UM)
  3. Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar (Pesara UITM)

7 PROFESOR

  1. Prof Dr Ab Aziz Yusof (Pesara UUM)
  2. Prof Dr Ahmad Atory Hussain (Pesara USM)
  3. Prof Dr Ismail Ibrahim (Pesara UMS)
  4. Prof Dr Mansor Ahmad (Pesara UPM)
  5. Prof Dr Mohd. Fauzi Mohd. Jani (Pesara UKM)
  6. Prof Ir Dr Wan Ali Wan Mat (Pesara UPNM)
  7. Prof Dr Wan Mohtar Wan Yusoff (Pesara UKM)

5 PROFESOR MADYA

  1. Prof Madya Dr Abdul Aziz Hussin (Pesara USM)
  2. Prof Madya Dr Ahi Sarok (Pesara UNIMAS)
  3. Prof Madya Dr Che Azemi Che Hamid (Pesara UITM)
  4. Prof Madya Dr Jeniri Amir (Pesara UNIMAS)
  5. Prof Madya Dr Shafaai Musa (Pesara UIAM)

Kenyataan media ini dibuat dan dikumpulkan secara sukarela oleh kami semua hanya dalam tempoh tiga hari sahaja atas kesedaran tinggi kami bahawa suara golongan seperti kami mampu mencorakkan hala tuju negara di saat kita sedang berhadapan dengan tempoh kritikal.

Besarlah harapan kami agar suara kami ini dipandang berat oleh semua pihak yang berkenaan mahupun oleh seluruh rakyat kerana di belakang kami terdapat ratusan lagi Ilmuwan PhD IPT Malaysia yang menyokong kuat usaha kami tanpa mahu mendedahkan nama mereka.

Apa-apa persoalan lanjut yang mungkin berbangkit daripada kenyataan media kami ini mohon diajukan kepada jurucakap kami, Prof Dato’ Dr Teo Kok Seong dari UKM, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah dari UNISZA dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod dari UIAM.

Sekian, terima kasih.

GABUNGAN 115 ILMUWAN PHD IPT MALAYSIA

19 Jun 2020

%d bloggers like this: