TERKINI – Tommy Thomas Letak Jawatan

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas meletak jawatan susulan isu perlantikan Perdana Menteri baharu.

Memetik laporan Harian Metro, Tommy dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantik beliau menjawat jawatan itu selama dua tahun.

Difahamkan, kontraknya itu dijangka tamat pada Jun ini.

Laporan itu memaklumkan sumber memberitahu Tommy mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih memegang jawatan Perdana Menteri memandangkan dilantik ketika pemerintahannya.

RASMI – Muafakat Nasional Setuju Calonkan Muhyiddin Sebagai PM ke-8

Berita berkaitan: BN Sepakat Dalam Keputusan

No photo description available.

Rencana berkaitan:

BN Sepakat Dalam Keputusan

Tangkap layar di atas diambil daripada laman web rasmi UMNO Online, daripada sebuah artikel pendek yang baru disiarkan sebentar tadi.

Berita bergambar tersebut menunjukkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, sedang berbincang bersama beberapa ahli-ahli UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC.

Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan mengenai keputusan yang dikatakan telah disepakati oleh BN.

Agaknya apakah keputusan tersebut?

Rencana berkaitan:

Gambar Istiadat Angkat Sumpah Dato’ Hasni Sebagai MB Johor (2020)

Sila baca RASMI – Hasni Dilantik MB Johor

Gambar ihsan Istana Johor.

Rencana berkaitan:

RASMI – Hasni Dilantik MB Johor

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad telah dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang baharu sebentar tadi.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh pihak Istana Johor.

Beliau yang juga merupakan ADUN Benut telah mengangkat sumpah sebagai MB Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru sebentar tadi.

Sila klik di sini untuk gambar-gambar istiadat angkat sumpah.

Rencana berkaitan:

TERKINI – Yang di-Pertuan Agong Panggil Ketua-ketua Parti Kemuka Calon PM

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong masih belum memperolehi keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat bagi menjadi Perdana Menteri, dan membentuk kerajaan baharu.

Perkara tersebut diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Ahmad Fadil bin Shamsuddin sebentar tadi melalui sebuah kenyataan akhbar di Istana Negara.

Oleh itu, Baginda berputus untuk memanggil ketua-ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat, bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Rencana berkaitan:

TERKINI – Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Isnin Ini

[Sinar Harian}- Persidangan khas Dewan Rakyat yang bakal diadakan pada 2 Mac ini bagi menentukan calon bagi mendapat majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu tidak akan berlangsung.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun katanya, surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tiada Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangi Perdana Menteri Interim (Dr Mahathir), memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju supaya Dewan Rakyat dipanggil bermesyuarat pada Isnin, 2 Mac 2020.

“Namun demikian, saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Setakat ini tidak notis dikeluarkan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat mendapat pemakluman titah rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung proses pemilihan Perdana Menteri.

“Oleh demikian, saya memutuskan tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini.

“Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan seterusnya tentang notis dan tarikh Mesyuarat Khas akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Rencana berkaitan: