Apa Sebabnya 5 Mesyuarat Parti Politik Diadakan Serentak Pada Hari Ini?

Baca versi Jawi di sini.

Apa maksud lima mesyuarat politik diadakan serentak pada hari ini, seperti yang dilaporkan Astro Awani? Adakah ini satu petanda bahawa sesuatu yang penting sedang beraku?

Negara kecoh dengan isu peralihan kuasa Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setelah hampir dua tahun Tun Mahathir mnjadi Perdana Menteri ketujuh setelah dipilih oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, kini hampir setiap hari kedengaran suara-suara daripada gabungan parti kerajaan yang secara terang-terangan mahukan beliau menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menariknya, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dua hari yang lalu telah menetapkan bahawa Tun Mahathir akan memegang jawatan tersebut selama mana yang beliau mahu, dan Tun Mahathir akan menetapkan sendiri tarikh beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Ini membangkitkan perasaan marah dalam kalangan golongan yang menyokong Anwar Ibrahim, yang mengharapkan mesyuarat tersebut berjaya memutuskan tarikh Tun Mahathir meletakkan jawatannya.

Maka, sekumpulan penyokong Anwar Ibrahim berhasrat untuk turun ke jalanan demi menuntut agar Anwar Ibrahim dijadikan Perdana Menteri kelapan dengan segera.

Walau bagaimanapun, Anwar Ibrahim membuat kenyataan bahawa beliau menerima keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan dan mengatakan bahawa beliau perlu sabar dan mereka perlu memberi masa kepada Tun Mahathir.

Namun terkini, portal Free Malaysia Today melaporkan bahawa, “sesetengah menteri telah mengemas meja di kementerian masing-masing”.

Jika benar berita ini, apakah yang sedang berlaku?

Akhbar Free Malaysia Today dan Harakah melaporkan bahawa Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pula telah mengumumkan untuk mengadakan satu sidang akhbar pada petang ini dan ramai menjangka bahawa mereka akan bertindak keluar parti bersama beberapa pemimpin PKR lain.

Apakah benar jangkaan Free Malaysia Today bahawa Tun Mahathir akan ke Istana Negara malam ini untuk mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah?

Adakah ini bemakna peralihan kuasa akan berlaku lebih cepat dari yang dijangka?

Segala-galanya adalah di bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua eksekutif nombor satu negara di mana baginda mempunyai kuasa untuk membuat keputusan demi menentukan masa hadapan berdasarkan peruntukan yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Semoga Allah S.W.T. memberkati Baginda, serta merahmati negara kita.

اڤ سببڽ ٥ مشوارت ڤرتي ڤوليتيک داداکن سرنتق ڤد هاري اين؟

Baca versi Rumi di sini.

اڤ مقصود ليما مشوارت ڤوليتيک داداکن سرنتق ڤد هاري اين، سڤرتي يڠ دلاڤورکن استرو اونا؟ ادکه اين ساتو ڤتاندا بهاوا سسواتو يڠ ڤنتيڠ سداڠ بيرقاو؟

نݢارا کچوه دڠن ايسو ڤراليهن کواس تون دوکتور محضير سباݢاي ڤردان منتري مليسيا کڤد ڤريسيدن ڤرتي کعاديلن رعيت، داتوق سري انور إبراهيم‮.

ستله همڤير دوا تاهون تون محضير منجادي ڤردان منتري کتوجوه ستله دڤيليه اوليه کراجأن ڤيمڤينن ڤاکتن هارڤن، کيني همڤير ستياڤ هاري کدڠرن سوارا-سوارا درڤد ݢابوڠن ڤرتي کراجأن يڠ سچارا ترڠ-تراڠن ماهوکن بلياو مڽراهکن جاوتنڽ کڤد داتوق سري انور إبراهيم‮.

مناريقڽ، مشوارت مجليس ڤريسيدن ڤاکتن هارڤن دوا هاري يڠ لالو تله منتڤکن بهاوا تون محضير اکن ممݢڠ جاوتن ترسبوت ‮سلاما مان يڠ بلياو ماهو، دان تون محضير اکن منتڤکن سنديري تاريخ بلياو اکن ملتقکن جاوتنڽ سباݢاي ڤردان منتري.

اين ممبڠکيتکن ڤراسان ماره دالم کالڠن ݢولوڠن يڠ مڽوکوڠ انور إبراهيم، يڠ مڠهارڤکن مشوارت ترسبوت برجاي مموتوسکن ‮تاريخ تون محضير ملتقکن جاوتنڽ.

مک، سکومڤولن ڤڽوکوڠ انور إبراهيم برحسرت اونتوق تورون ک جالنن دمي منونتوت اݢر انور إبراهيم دجاديکن ڤردان منتري کلاڤن دڠن سݢرا‮.

والاو باݢايماناڤون، انور إبراهيم ممبوات کڽاتأن بهاوا بلياو منريما کڤوتوسن مجليس ڤريسيدن ڤاکتن هارڤن دان مڠاتکن بهاوا بلياو ڤرلو صبر دان مريک ڤرلو ممبري ماس کڤد تون محضير‮.

نامون ترکيني، ڤورتل فري مليسيا تودي ملاڤورکن بهاوا، ”سستڠه منتري تله مڠمس ميجا د کمنترين ماسيڠ-ماسيڠ‮“.

جک بنر بريتا اين، اڤاکه يڠ سداڠ برلاکو؟

اخبار فري مليسيا تودي دان حراکه ملاڤورکن بهاوا عزمين علي دان ذورايدا کامروددين ڤولا تله مڠومومکن اونتوق مڠاداکن ساتو سيدڠ اخبار ڤد ڤتڠ اين دان راماي منجڠک بهاوا مريک اکن برتيندق کلوار ڤرتي برسام ببراڤ ڤميمڤين ڤقر لاين‮.

اڤاکه بنر جڠکان فري مليسيا تودي بهاوا تون محضير اکن کايستان نݢارا مالم اين اونتوق مڠادڤ السلطان عبد الله رعاية الدين المصطفى بالله شاه الحاج ابن سلطان حاج أحمد شاه المستعين بالله؟

ادکه اين بماقنا ڤراليهن کواس اکن برلاکو لبيه چڤت دري يڠ دجڠک؟

سݢالا-ݢالنيا اداله د باوه بودي بيچارا يڠ د-ڤرتوان اݢوڠ سباݢاي کتوا ايکسيکوتيف نومبور ساتو نݢارا د مان بݢيندا ممڤوڽاءي کواس اونتوق ممبوات کڤوتوسن دمي مننتوکن ماس هادڤن برداسرکن ڤرونتوکن يڠ ترتوليس د دالم ڤرلمباݢان ڤرسکوتوان‮.

سموݢ الله سبحان وتعالى ممبرکتي بݢيندا، سرتا مرحمتي نݢارا کيت‮.