
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telahpun mengumumkan kemenangan bagi pihak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil P176 Kimanis, Sabah, pada 18hb Januari 2020.
Calon Barisan Nasional, Mohamad bin Alamin telah menang dengan selesa, dengan 12,706 undi, berbanding calon Parti Warisan Sabah, Karim bin Bujang, yang dapat meraih 10,677 undi sahaja.
Mohamad bin Alamin menang dengan majoriti 2,029 undi, berbanding keputusan semasa PRU-14, di mana calon Barisan Nasional, Anifah bin Aman dapat meraih 11,942 undi dengan majoriti 156 undi.
Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 79.92%, yang merupakan rekod peratusan tertinggi di dalam Pilihan Raya Kecil sejak PRU-14.