Wajah Baru Laman Blog Ahmad Ali Karim / I’ve Updated My Blog’s Theme

Baca versi Jawi di sini.

Buat pengetahuan para pembaca laman blog yang amat saya hormati, saya telahpun mengemaskini wajah laman blog saya sempena tahun baru 2020, seperti yang telahpun saya umumkan pada awal bulan lepas. Ini adalah kerana saya perlu mengadaptasikan laman blog saya kepada sistem baharu WordPress, kerana ‘theme’ laman blog yang saya gunakan tidak lagi disokong oleh WordPress.

Seperti yang telah saya umumkan pada awal bulan lepas, bermula pada hari pertama tahun baru 2020, laman blog saya kini berwajah baru. Ini adalah kerana saya perlu mengadaptasikan laman blog saya kepada sistem baharu WordPress, kerana ‘theme’ laman blog yang telah saya gunakan sejak lebih sedekat yang lalu tidak lagi disokong oleh WordPress.

Menjunjung semangat dan seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, insya-Allah mulai hari ini setiap rencana tulisan saya yang berbahasa Melayu akan disertakan dengan versi tulisan Jawi, tulisan asal bagi Bahasa Kebangsaan, selain daripada versi tulisan Rumi seperti sebelum ini.


I wish to inform my dearest readers that I have updated the visual theme of my blog in conjunction with the new year 2020, for the visual theme that I had been using for over a decade is no longer supported by WordPress.

Inspired by Her Majesty the Raja Permaisuri Agong of Malaysia, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, insya-Allah from now on, I shall be including a Jawi version of the articles that I write in the Roman script of the Bahasa Melayu.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Former Columnist at Utusan Online.

3 thoughts on “Wajah Baru Laman Blog Ahmad Ali Karim / I’ve Updated My Blog’s Theme”

  1. Assalamualaikum Ali,
    Tahniah diucapkan atas wajah baru laman sesawang rasmi Ali. Ia suatu petanda kedewasaan, keserasian era semasa dan citra keremajaan Ali itu sendiri walaupun antara sebab perubahan itu adalah kerana laman sesawang Ali itu tidak lagi disokongi WordPress.
    Tahniah juga atas inisiatif Ali untuk memasukkan versi tulisan Jawi dalam kandungan wajah baru laman sesawang Ali itu. Syukur jiwa jati diri Ali tetap membara dan bersemarak.
    Teruskan menukil karya dan melontarkan buah fikiran luhur dan bernas untuk dibaca dan direnungi khalayak awam.
    Moga Ali seisi keluarga senantiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi hendaknya.
    Sehingga bertemu lagi suatu hari nanti, salam rahmat selalu.

    Like

    1. Waalaikumussalam Uncle,

      Aamiin…
      Terima kasih banyak atas ucapan Uncle, Ali belum capai tahap boleh balas balik dengan kata-kata yang cukup puitis. Semoga Uncle sentiasa memberi tunjuk ajak dan nasihat agar Ali boleh berjaya, insyaAllah.

      Hope to see Uncle again one day, lama tak jumpa 🙂

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.