Tanah Mendap Jalan Maharajalela ‘Telan’ Myvi Kuning

Keadaan Perodua Myvi yang terperosok ke dalam lubang akibat tanah mendap di Jalan Maharajalela malam tadi.(Gambar ihsan Sinar Harian)

(Sinar Harian) – KUALA LUMPUR – Seorang wanita mengalami detik cemas apabila kereta dipandunya terperosok di laluan yang tiba-tiba mendap di Jalan Maharajalela di sini lewat malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku pada jam 11.35 malam melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa seorang pekerja swasta berusia 42 tahun yang beralamat di Kuala Berang, Terengganu memandu kereta itu bersendirian.

“Siasatan awal mendapati berlaku satu kejadian tanah mendap berkeluasan sekitar tiga meter persegi di Jalan Maharajalela menghala ke Jalan Loke Yew.

“Insiden itu menyebabkan kereta dipandu mangsa terjatuh ke dalam lubang,” katanya.

Beliau berkata, pemandu wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan dijalankan di bawah Rule 10 LN166/59.

Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih laluan yang mendap itu telah dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Former Columnist at Utusan Online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.