Video – Ini Arahan Setiausaha Agung PAS Ekoran Berjasa Bertanding PRK Tanjung Piai

2 11 2019

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan telah membuat satu kenyataan tegas bahawa PAS mengarahkan ahlinya di kawasan P165 Tanjung Piai untuk tidak mengundi calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P165 Tanjung Piai yang akan berlangsung pada 16 November nanti.

Kenyataan ini dibuat susulan Berjasa meletakkan presidennya, Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz sebagai calon Berjasa dalam pertandingan 6 penjuru pada PRK P165 Tanjung Piai.

Semalam PAS membuat kenyataan meminta Berjasa menarik balik hasratnya meletakkan calon pada PRK tersebut bagi menghormati kerjasama Berjasa bersama PAS di bawah Gagasan Sejahtera.

BERNAMA melaporkan, Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin berkata, Berjasa yang berada di bawah Gagasan Sejahtera bersama PAS dan Ikatan adalah terikat dengan kerjasama di bawah gagasan itu.

Katanya, dalam kes PRK Tanjung Piai, PAS pula menghormati keputusan Barisan Nasional (BN), yang ditunjangi UMNO, untuk meletakkan calon dari MCA berikutan kerjasama menerusi piagam Muafakat Nasional bersama UMNO.

“Saya menasihati mereka (Berjasa) supaya jangan berbuat demikian (meletakkan calon sewaktu penamaan esok). Kita (PAS) dah beri laluan kepada BN untuk letakkan calon, maka BN dah putuskan calon yang bertanding adalah MCA,” katanya kepada Bernama, ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, PAS serta parti-parti di bawah Gagasan Sejahtera perlu membuktikan mereka berfikiran terbuka.

BERNAMA – PAS harap Berjasa tarik balik hasrat letak calon untuk PRK Tanjung Piai

Semalam, Malaysiakini di bawah tajuk, ‘PAS digesa panggil mesyuarat Gagasan Sejahtera’ melaporkan bahawa, Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa PAS segera mengadakan mesyuarat membabitkan pemimpin parti komponen Gagasan Sejahtera bagi membincangkan keputusan Berjasa untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Rencana berkaitan:


Actions

Information

6 responses

16 11 2019
Keputusan Penuh PRK Tanjung Piai: BN Menang Besar! | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Video – Ini Arahan Setiausaha Agung PAS Ekoran BERJASA Bertanding PRK Tanjung Piai […]

Like

16 11 2019
BN Menang Besar PRK Tanjung Piai (Laporan Tidak Rasmi) | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Video – Ini Arahan Setiausaha Agung PAS Ekoran BERJASA Bertanding PRK Tanjung Piai […]

Like

7 11 2019
PRK Tanjung Piai: Siapa Yang Mendahului? | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Video – Ini Arahan Setiausaha Agung PAS Ekoran BERJASA Bertanding PRK Tanjung Piai […]

Like

7 11 2019
PRK Tanjung Piai: Pertandingan Siapa Lebih Melayu? | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Video – Ini Arahan Setiausaha Agung PAS Ekoran Berjasa Bertanding PRK Tanjung Piai […]

Like

6 11 2019
Video – Pemuda BN Membuat Laporan Polis Terhadap Menteri Pertanian, Kenyataan Berbaur Perkauman | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Video – Ini Arahan Setiausaha Agung PAS Ekoran Berjasa Bertanding PRK Tanjung Piai […]

Like

4 11 2019
Video – Karmaine: Orang kampung perlu bersyukur, walau harga sawit rendah | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Video – Ini Arahan Setiausaha Agung PAS Ekoran Berjasa Bertanding PRK Tanjung Piai […]

Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: