PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi?

1 10 2019

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai tidak lama lagi, kawasan Parlimen P165 Tanjung Piai akan menjadi meriah dihiasi berbagai poster, bendera parti dan kain rentang yang berwarna-warni serta sibuk dengan kehadiran pemimpin dan petugas parti dari seluruh negara.

Tarikh mengundi awal telah ditetapkan pada 12 November sementara hari mengundi pada 16 November. 

Setiap parti yang bertanding sudah pasti bertekad untuk menang. Justeru, semua pihak pasti sibuk merangka berbagai strategi untuk menang dengan bergaya. Maka untuk itu, kekuatan jentera serta sentimen dan sikap pengundi adalah sangat penting.

Ada yang mengatakan PRK P165 Tanjung Piai ialah medan penentu kejayaan piagam kerjasama Muafakat Nasional tetapi kita semua tahu bahawa kerjasama di antara BN dan PAS telah terjalin di dalam beberapa PRK sebelum ini, dan jelas dilihat sejak PRK P078 Cameron Highlands.

Benarkah sentimen dan kempen ‘Vote Muslim First’ (VMF) akan mempengaruhi sikap pengundi dan akan memberi kemenangan mudah kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika Barisan Nasional (BN) memilih calon dari parti Malaysian Chinese Association (MCA)?

Strategi ini boleh digunakan kepada pengundi Melayu yang menyokong ‘Buy Muslim First’ (BMF) tetapi sanggupkah pengundi yang lantang menentang serta menolak kempen dan sentimen BMF, khasnya pengundi bukan Melayu untuk menjadi penyokong sentimen VMF? Kerana secara logiknya, mereka juga tidak mahu dilihat mengiktiraf VMF dan juga BMF selepas PRU nanti.

Apa lagi jika BMF menjadi sebab kenapa pengundi bukan Melayu menolak calon BN yang dikatakan menyokong BMF. Ironik jika pengundi yang membenci BMF mengundi calon yang dikempen atas dasar VMF, kecualilah jika mereka keliru atau sememangnya penyokong setia parti.

Parlimen P165 Tanjung Piai meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N.55 Pekan Nenas dan N.56 Kukup dengan jumlah pengundi seramai 53,528 seperti yang dilaporkan ketika PRU 14.

Walaupun menang tipis dengan majoriti 524 undi daripada 45,789 jumlah undi yang diterima, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik dari PPBM yang bertanding atas tiket PKR telah berjaya merampas kerusi tersebut daripada penyandangnya, Datuk Wee Jeck Seng dari MCA yang mewakili BN pada PRU 14.

Faktor calon sangat penting dalam setiap pilihan raya, namun dalam keadaan tertentu seperti yang dilihat dalam PRU 14, ramai pengundi sanggup mengundi PH tanpa mengambil kira faktor calon kerana bertekad untuk memenangkan parti dan menjatuhkan kerajaan pada ketika itu.

Bagi Parlimen Tanjung Piai, undi Melayu amat penting untuk memenangkan calon memandangkan bilangan pengundi Melayu adalah melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan pengundi.

Pendapat umum mengatakan bahawa di Johor, sokongan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir serta Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan faktor yang berjaya menarik undi Melayu daripada UMNO; sementara PH mendapat sokongan padu daripada pengundi Cina; hal ini juga terpakai di Tanjung Piai.

Justeru, tidak hairan jika terdapat sebahagian daripada pengundi PPBM yang agak kecewa kerana mereka mengharapkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memimpin negara selepas Tun.

Tambahan, kini ada pihak dalam PH yang mendesak Tun menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang tahun 2020, sedangkan penyokong Tun mahu beliau terus kekal sehingga habis satu penggal.

Beberapa hari yang lalu, Tun berkata akan melepaskan jawatan sebelum PRU 15 dan mempunyai masa 3 tahun; namun akhbar-akhbar juga melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangka akan menggantikan Tun menjelang tahun hadapan.

Tidak mustahil jika faktor sokongan samada kepada Pengerusi, Timbalan Presiden atau Ketua Umum PH serta masalah dalaman parti akan mempengaruhi sentimen serta sikap pegundi dan jentera parti.

Sebagai kerajaan negeri dan pusat, PH mempunyai lebih ruang dan berbagai kelebihan untuk menawan hati pengundi, apatah lagi penyandang kerusi tersebut juga dari PPBM.

Namun kes pencemaran udara akibat sisa toksik di Sungai Kim Kim dan beberapa kes lain di Pasir Gudang, serta masalah dalaman parti di Johor mungkin sedikit sebanyak boleh memberi impak kepada PRK ini.

Begitu juga dengan dengan isu janji PRU 14, keadaan ekonomi semasa, kenaikan harga barang, isu cukai dan sebagainya yang pasti akan mempengaruhi sikap pengundi terhadap parti kerajaan.

Oleh kerana penyandang kerusi P165 Tanjung Piai ialah dari PPBM, tekanan untuk mempertahankan kerusi adalah sangat besar.

Yang pasti, semua pihak akan cuba mengambil hati pengundi dan PRK Parlimen Tanjung Piai akan menjadi medan pertarungan yang sengit di antara PH dan BN.

Walau apapun, dalam bertanding biarlah bermaruah dan bersikap adil serta amanah

Tulisan ini hanyalah satu analisis amatur dari saya, seorang penulis remaja yang tidak berada di lapangan; ianya hanyalah berdasarkan pemerhatian dan pembacaan daripada berbagai laporan berita.


Actions

Information

13 responses

16 11 2019
Keputusan Penuh PRK Tanjung Piai: BN Menang Besar! | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi? […]

Like

16 11 2019
BN Menang Besar PRK Tanjung Piai (Laporan Tidak Rasmi) | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi? […]

Like

7 11 2019
PRK Tanjung Piai: Pertandingan Siapa Lebih Melayu? | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] tulisan saya yang terdahulu, ‘PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi?‘, saya telah memperkatakan tentang kempen VMF dan BMF yang saya jangka akan digunakan oleh […]

Like

6 11 2019
4 11 2019
Video – Karmaine: Orang kampung perlu bersyukur, walau harga sawit rendah | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi? […]

Like

2 11 2019
Video – Ini Arahan Setiausaha Agung PAS Ekoran Berjasa Bertanding PRK Tanjung Piai | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi? […]

Like

2 11 2019
Siapa yang AUTA? Bahang PRK Tanjung Piai Semakin PANAS! | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi? […]

Like

2 11 2019
SAH – 6 Calon Bertanding di Tanjung Piai | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi? […]

Like

30 10 2019
[KEMASKINI] Wee Jeck Seng Calon BN Tanjung Piai | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi? […]

Like

29 10 2019
Karmaine Calon PH Tanjung Piai | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi? […]

Like

29 10 2019
Wendy Subramaniam Calon GERAKAN Tanjung Piai | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi? […]

Like

24 10 2019
GERAKAN Nak Kacau Daun di Tanjung Piai? | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] PRK Tanjung Piai: Bagaimanakah Sikap Pengundi? […]

Like

2 10 2019

Leave a Reply to Wendy Subramaniam Calon GERAKAN Tanjung Piai | Ahmad Ali Karim's Weblog Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: