Kongres Rapat 18 – Pengalaman Pertama Membentang Usul

23 09 2019
Gambar bersama peserta-peserta Kongres Rapat 18 berlatarbelakangkan Deklarasi Kongres Rapat 18

Tahniah kepada penganjur Rapat 18 dan kepada mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan kongres hebat ini!

Kongres selama sehari ini, iaitu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang telah berlangsung di CIMB Leadership Academy, Iskandar Puteri, Johor pada hari Sabtu, 21hb September 2019.

Kongres Rapat 18 ialah satu pentas untuk anak muda Johor menyuarakan suara hati mereka tentang pelbagai isu penting dalam usaha untuk memperkasakan anak muda Johor.

Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri kongres tersebut di atas jemputan penganjur Sekretariat Gerakan Rapat 18 , walaupun syarat penyertaaan meletakkan peserta harus berumur di antara 18 hingga 35 tahun.

Kongres ini telah memberikan saya pengalaman baru yang amat berharga lebih-lebih lagi pada usia 16 tahun dan merupakan peserta termuda, untuk menimba ilmu daripada mereka yang sangat berpengalaman dalam gerakan belia di negeri Johor.

Isu-isu yang dikupas dalam kongres ini dibahagikan kepada 12 kokus iaitu Pendidikan & Kerjaya, Kesihatan & Alam Sekitar, Agama & Perpaduan, Belia & Mahasiswa, Sains & Teknologi, Felda & Luar Bandar, Wanita & Kebudayaan, Pengangkutan & Infrastruktur, Usahawan & Ekonomi, Perumahan Belia, Gaya Hidup dan Keselamatan & Jenayah.

Saya berkesempatan membentangkan dua usul, usul pertama saya ialah Pembinaan Sahsiah dan Jati Diri Belia untuk kokus Belia & Mahasiswa dan kedua, Pembudayaan Ilmu Dalam Kalangan Belia untuk kokus Gaya Hidup.

Kedua-dua usul tersebut merupakan isu-isu yang bagi saya, sangat penting dalam usaha memperkasakan belia dan ianya merupakan isu yang sering saya ketengahkan di dalam tulisan-tulisan saya, khasnya di kolum mingguan saya di Utusan Online.

Pada mulanya agak sukar untuk saya menyampaikan usul kerana saya tidak betul-betul faham akan format pembentangan usul di kongres tersebut, tambahan pula ada di antara hujah yang ingin saya utarakan telah diketengahkan oleh pembentang lain.

Alhamdulillah, usul kedua saya disokong oleh majoriti ahli Kongres Rapat 18, namun usul pertama saya ditolak dan tidak berjaya dimasukkan ke dalam deklarasi kongres tersebut.

Saya juga tidak mahu melepaskan peluang daripada mengambil bahagian dalam membahaskan beberapa usul yang telah dibawa.

Pengalaman membentang dan membahaskan usul di dalam sebuah kongres di mana ramai daripada pencadang dan pembahas usul adalah terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman telah banyak mengajar saya tentang ilmu berhujah di pentas terbuka.

Menulis dan berhujah adalah dua bidang yang sangat berbeza dan ianya memerlukan pendekatan dan kepakaran yang berlainan untuk menyampaikan apa yang ingin kita hujahkan; apa lagi apabila isu yang kita bentangkan akan dibahas dan diasak oleh pembahas yang menentang usul yang ingin kita ketengahkan.

Penyertaan saya di dalam kongres yang disertai belia yang lebih senior, lebih hebat dan jauh lebih berpengalaman telah mengajar saya banyak perkara penting termasuk menjadi lebih berani, matang, tahan lasak, tangkas berfikir dan kreatif dalam berhujah.

Saya tertarik dengan kata-kata moderator abang Jazlie Jabarudin sebelum menutup program bahawa usul yang ditolak tidak semestinya tidak baik, ini ialah satu realiti demokrasi yang mesti kita terima.

Dan yang lebih bermakna dan mengembirakan saya ialah kesempatan bertemu dengan mereka yang sangat saya sayangi, Aunty Fiza, Uncle Datuk Md Jais Sarday, Abang Syafiq dan juga Pak Cik Man.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya dan saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada peserta Rapat 18; dan saya yakin begitu juga kakak saya Aeshah Adlina yang turut sama menyertai kongres ini.

Sila tekan gambar di bawah untuk membesarkannya.


Actions

Information

3 responses

25 09 2019
Nizal Mohammad

TAHNIAH ALI!!! Satu pencapaian yang membanggakan!!!

Like

25 09 2019
Ahmad Ali Karim

Alhamdulillah, thank you, Uncle Nizal ^^
Berkat tunjuk ajar Uncle. Ali always terkenang program Bila Larut Malam dulu. That was my first experience to be on air.
Thanks to Uncle.

Like

24 09 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: