Janganlah Hancurkan Perpaduan Negara – Ucapan Sempena Hari Malaysia 2019

16 09 2019

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang dibina di atas prinsip perpaduan. Gabungan sembilan buah negeri beraja, dan empat negeri jajahan takluk British, menjadikan negara ini sebuah Persekutuan yang berdaulat, dinaungi oleh Raja-Raja Melayu.

Tetapi malang sekali, sejak kebelakangan ini kita melihat bahawasanya telah bangkit banyak golongan-golongan yang cuba memecah belahkan rakyat negara. Saling cerca mencerca, hina menghina, halau menghalau, dan langsung tidak mengambil kira tentang kesopanan dan kesusilaan.

Apa gunanya mencalangkan semangat perpaduan, jika kita sendiri yang menghina kaum dan agama lain? Sikap toksik inilah yang bakal meruntuhkan negara bangsa kita, yang telah lama kita binakan sejak sebelum lagi tertubuhnya Persekutuan ini.

Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak hentikan suara-suara sumbang ini, dan memperingati semula sejarah kita. Negara kita kaya sejarahnya, ia telah bermula jauh sebelum terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu.

Kita telah bersetuju di atas satu Kontrak Sosial, bagi menjamin kedamaian di antara semua kaum. Maka janganlah kita melanggar persetujuan tersebut.

Negara kita dibina atas perpaduan, maka perpaduanlah langkah pertama kita ke arah kegemilangan.

Selamat menyambut Hari Malaysia 2019! Semoga Allah S.W.T. memberkati negara kita.

Ahmad Ali Karim
16hb September 2019


Tulisan berkaitan:








%d bloggers like this: